| tuan, emak membilang butir-butir dari kalung mutiara yang dibelinya. butir-butir percakapannya tidak difahamni kerana sebutannya terlalu cepat. (tuan, adakah butir-butir boleh diguinakan dalam ayat di atas? TQ) | Penggunaan butir-butir dalam ayat tersebut adalah betul. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
| Status permohonan anda. Butir-butir permohonan: No. Rujukan: 46325/2018 Pemohon :NUR AFIQAH BINTI RAMLEE Tajuk :Servis Creative Brilliant Arts Status :Tidak Lulus Tarikh dan Masa Permohonan : 9/10/2018 11:46:20 AM Catatan/Komen : Sila terjemah teks bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu kecuali nama yang telah didaftarkan Sila buat pembetulan pada visual iklan, muat naik dan tekan butang kemas kini. • Tiada sebarang caj dikenakan untuk proses kemas kini. | Puan perlu daftar masuk akaun khidmat pengesahan bahasa puan melalui laman web berikut: dbpsahbahasa.my, masukkan ID pengguna (E-mel) dan kata laluan, kemudian klik pada no. iklan 46325/2018, lampirkan (attach) visual yang telah dikemas kini dan tekan butang kemas kini. | Lain-lain | 24.10.2018 |
| Re:DBP : Pengesahan Bahasa Melayu : 24002/2017 Butir-butir permohonan: No. Pendaftaran : 24002/2017 Pemohon : Universal Power Factor Sdn Bhd Syarikat : UNIVERSAL POWER FACTOR SDN BHD Tajuk : UNIVERSAL POWER FACTOR SDN BHD Tarikh Selesai : 21/04/2017 Status : TIDAK LULUS No. Kelulusan : Jika TIDAK LULUS, sila klik pada PRPM > e-Perkhidmatan > Khidmat Pengesahan Bahasa DBP untuk melihat komen/pindaan yang perlu dibuat. Sila masukkan keterangan dalam bahasa Melayu, seperti “KILANG KABEL” di bahagian paling atas Salam Sejahtera, Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas. Adalah dimaklumkan kami adalah kontraktor elektrik bukan pengilang atau pengeluar barangan. Perkataan “KILANG KABEL” yang tuan cadangkan adalah tidak bersesuai dengan kami. Mohon pihak tuan menyemak semula dan kerjasama tuan amat dihargai. Sekian Terima Kasih. | Untuk makluman tuan, "KILANG KABEL" hanyalah sebagai contoh. Sila letakkan keterangan yang sesuai dengan aktiviti syarikat tuan, seperti "PERKHIDMATAN KERJA ELEKTRIK". Sila buat pembetulan dan hantar semula permohonan tuan melalui portal yang tersebut. | Lain-lain | 21.04.2017 |
| Salam sejahtera, saya ingin tanya sama ada ayat-ayat di bawah adalah betul atau tidak: 1. Kebanyakan peserta yang terlibat dalam karnival itu berasal dari Kedah. 2. Sila dapatkan butir-butir terperinci tentang karnival itu di pejabat kami. terima kasih | Kedua-dua ayat di atas betul. | Tatabahasa | 01.04.2024 |
| manakah yang lebih sesuai digunakan dalam ayat? 'panduan/peraturan' atau 'panduan atau peraturan'? | Panduan dan peraturan mempunyai makna yang berbeza mengikut konteks penggunaannya dalam ayat. Panduan ialah sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dll); manakala peraturan ialah segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi. | Tatabahasa | 31.05.2007 |
| Apa beza maksud "panduan" dan "rujukan". contoh ayat : "Strategi ini menjadi panduan kepada penulis." dgn "Strategi ini menjadi rujukan kepada penulis". | Merujuk Kamus Dewan Perdana, perkataan “panduan” bermaksud pedoman, petunjuk, pimpinan; atau sesuatu yang dipakai untuk rujukan (untuk mengetahui nama, alamat, butir-butir dan lain-lain), manakala “rujukan” pula bermaksud keterangan lanjutan mengenai sesuatu perkara (buku dan lain-lain), sumber untuk dirujuk. Berdasarkan makna yang tersebut, panduan juga boleh membawa maksud rujukan bergantung pada konteks penggunaannya. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Strategi ini menjadi panduan kepada penulis". | Makna | 13.05.2026 |
| Salam, saya ade menulis buku dan ingin menerbitkan buku. Bagaimanakah cara dan prosedur untuk menerbitkan buku di bawah DBP | Sdr boleh menghantar manuskrip Sdr berserta bahan iringannya kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR. Sdr juga diminta menyertakan butir-butir diri Sdr bersama-sama manuskrip yang dihantar. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 17.01.2013 |
| Boleh kah manuskript di hantar secara atas talian? Di bahagian mana laman sesawang DBP perlu saya layari? | Terima kasih kerana menghubungi pihak kami. Sdr boleh menghantar manuskrip secara dalam talian kepeda Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui e-mel khalik@dbp.gov.my. Sdr juga diminta menyertakan butir-butir mengenai diri Sdr seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan bersama-sama manuskrip yang Sdr lampirkan. Sekian. | Lain-lain | 11.04.2011 |
| sebuti kerongsang. adakah "sebuti" itu betul diguna? terima kasih. | Lazimnya perkataan butir digunakan untuk penjodoh bilangan bagi barang-barang kecil yang bulat, seperti sebutir telur dan dua butir peluru. Berdasarkan contoh penggunaan penjodoh bilangan tersebut, butir tidak sesuai untuk kerongsang kerana bentuknya yang agak nipis dan mungkin bulat, tiga segi dan sebagainya. | Tatabahasa | 08.08.2011 |
| Setahu saya, penjodoh bilangan bagi "pingat" ialah sebuah atau buah. Tetapi, sekiranya pilihan jawapan hanya ada [a] biji [b] butir [c] bentuk [d] pasang, manakah yang lebih sesuai? Terima kasih. | Penjodoh bilangan untuk "pingat" ialah butir atau buah. Jadi, penjodh bilangan yang boleh digunakan ialah "butir". | Tatabahasa | 10.05.2013 |