Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata butir-butir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, emak membilang butir-butir dari kalung mutiara yang dibelinya. butir-butir percakapannya tidak difahamni kerana sebutannya terlalu cepat. (tuan, adakah butir-butir boleh diguinakan dalam ayat di atas? TQ)

Penggunaan butir-butir dalam ayat tersebut adalah betul. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16.

Tatabahasa15.08.2011
Status permohonan anda. Butir-butir permohonan: No. Rujukan: 46325/2018 Pemohon :NUR AFIQAH BINTI RAMLEE Tajuk :Servis Creative Brilliant Arts Status :Tidak Lulus Tarikh dan Masa Permohonan : 9/10/2018 11:46:20 AM Catatan/Komen : Sila terjemah teks bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu kecuali nama yang telah didaftarkan Sila buat pembetulan pada visual iklan, muat naik dan tekan butang kemas kini. • Tiada sebarang caj dikenakan untuk proses kemas kini.Puan perlu daftar masuk akaun khidmat pengesahan bahasa puan melalui laman web berikut: dbpsahbahasa.my, masukkan ID pengguna (E-mel) dan kata laluan, kemudian klik pada no. iklan 46325/2018, lampirkan (attach) visual yang telah dikemas kini dan tekan butang kemas kini.Lain-lain24.10.2018
Re:DBP : Pengesahan Bahasa Melayu : 24002/2017 Butir-butir permohonan: No. Pendaftaran : 24002/2017 Pemohon : Universal Power Factor Sdn Bhd Syarikat : UNIVERSAL POWER FACTOR SDN BHD Tajuk : UNIVERSAL POWER FACTOR SDN BHD Tarikh Selesai : 21/04/2017 Status : TIDAK LULUS No. Kelulusan : Jika TIDAK LULUS, sila klik pada PRPM > e-Perkhidmatan > Khidmat Pengesahan Bahasa DBP untuk melihat komen/pindaan yang perlu dibuat. Sila masukkan keterangan dalam bahasa Melayu, seperti “KILANG KABEL” di bahagian paling atas Salam Sejahtera, Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas. Adalah dimaklumkan kami adalah kontraktor elektrik bukan pengilang atau pengeluar barangan. Perkataan “KILANG KABEL” yang tuan cadangkan adalah tidak bersesuai dengan kami. Mohon pihak tuan menyemak semula dan kerjasama tuan amat dihargai. Sekian Terima Kasih.Untuk makluman tuan, "KILANG KABEL" hanyalah sebagai contoh. Sila letakkan keterangan yang sesuai dengan aktiviti syarikat tuan, seperti "PERKHIDMATAN KERJA ELEKTRIK". Sila buat pembetulan dan hantar semula permohonan tuan melalui portal yang tersebut.Lain-lain21.04.2017
Salam sejahtera, saya ingin tanya sama ada ayat-ayat di bawah adalah betul atau tidak: 1. Kebanyakan peserta yang terlibat dalam karnival itu berasal dari Kedah. 2. Sila dapatkan butir-butir terperinci tentang karnival itu di pejabat kami. terima kasihKedua-dua ayat di atas betul.Tatabahasa01.04.2024
manakah yang lebih sesuai digunakan dalam ayat? 'panduan/peraturan' atau 'panduan atau peraturan'?Panduan dan peraturan mempunyai makna yang berbeza mengikut konteks penggunaannya dalam ayat. Panduan ialah sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dll); manakala peraturan ialah segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi.Tatabahasa31.05.2007
Salam, saya ade menulis buku dan ingin menerbitkan buku. Bagaimanakah cara dan prosedur untuk menerbitkan buku di bawah DBPSdr boleh menghantar manuskrip Sdr berserta bahan iringannya kepada:

Pengarah,
Jabatan Penerbitan,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA LUMPUR.

Sdr juga diminta menyertakan butir-butir diri Sdr bersama-sama manuskrip yang dihantar.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain17.01.2013
Boleh kah manuskript di hantar secara atas talian? Di bahagian mana laman sesawang DBP perlu saya layari?

Terima kasih kerana menghubungi pihak kami. Sdr boleh menghantar manuskrip secara dalam talian kepeda Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui e-mel khalik@dbp.gov.my. Sdr juga diminta menyertakan butir-butir mengenai diri Sdr seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan bersama-sama manuskrip yang Sdr lampirkan.

 Sekian.

Lain-lain11.04.2011
Jika peserta program dibekalkan dengan buku (ada maklumat peribadi dan ruang untuk cop), perlu ke kelas-kelas tertentu dan sebagai pengesahan peserta sudah pergi kelas tersebut, buku mereka akan dicop. Bolehkah buku tersebut dipanggil sebagai pasport atau pasport kehadiran? Sebab peserta yang pegang sendiriibuku tersebut.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1629, perkataan pasport bermaksud dokumen (mengandungi butir-butir peribadi) yang didapati daripada kerajaan oleh seseorang warganegara untuk dibawa apabila ke luar negeri; 2. sesuatu (kelayakan dan sebagainya) yang dianggap membolehkan seseorang diterima masuk tanpa halangan dalam mana-mana bidang (kegiatan dan lain-lain) yang diingininya.

Sehubungan dengan itu, perkataan Pasport Kehadiran tidak sesuai untuk digunakan dalam konteks yang tuan maksudkan. Cadangan yang sesuai ialah Buku Kehadiran.


Makna15.11.2024
Adakah padanan “nearest multiple” dalam ayat di bawah ini betul dari sudut padanannya iaitu “gandaan yang terhampir”? 393A.(9) The following details shall be written in the label on a package of low sodium food or very low sodium food excluding salt substitutes: (a) the sodium content of the nearest multiple of 5 mg/100 g and, in addition, per as specified serving of the food as normally consumed; (9) Butir-butir yang berikut hendaklah ditulis pada label di atas suatu bungkusan makanan natrium rendah atau makanan natrium sangat rendah tidak termasuk garam pengganti: (b) kandungan natrium kepada gandaan kandungan 5 mg/100 g yang terhampir dan sebagai tambahan, bagi setiap hidangan yang ditentukan bagi makanan itu sebagaimana yang lazimnya dimakan;Padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi "nearest multiple" ialah gandaan terhampir.Penyemakan dan penterjemahan27.07.2021
Saya ingin mendapatkan maksud sebenar rekod yang lebih jelas. Boleh tak jelaskan dengan lebih terperinci memandangkan ayat yang saya sertakan di bawah ini masih belum terperinci "Rekod bermaksud apa-apa catatan, minit dan dokumen yang diwujudkan"Menurut kamus Dewan, "rekod" membawa maksud: 1. prestasi terbaik yg dicapai dlm bidang sukan. 2. catatan yg dibuat utk ingatan atau rujukan dll, keterangan dll yg tercatat. 3. butir-butir mengenai latar belakang peribadi seseorang.Makna11.06.2013
12345

Kembali ke atas