Salam, soalan tentang frasa "Cabutan bertuah", jika mahu mengelakkan penggunaan "bertuah", bolehkah dipendekkan kepada "cabutan" sahaja? Adakah membawa maksud yang sama, contoh "Ahmad menang hadiah dalam cabutan yang diadakan." | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud “cabutan bertuah” ialah undian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu. Ayat yang betul ialah, "Ahmad memenangi hadiah dalam cabutan bertuah yang diadakan." Oleh yang demikian, perkataan “cabutan bertuah” perlu dieja bersekali bagi menyampaikan makna yang dilambanginya.
| Lain-lain | 20.10.2023 |
CABUTAN PERTUAH "Menyambut Ulang Tahun ke-10" sama dengan kata china "欢庆10周年幸运大抽奖" "Promosi Istemewa Di Bulan June" sama dengan kata china "7月份整个月好康不停断" | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 14.06.2017 |
Apakah perbezaan di antara salinan dokumen dan cabutan dokumen? Contoh salinan sijil nikah dan cabutan sijil nikah. | Menurut data kami, salinan ialah 1. turunan (surat dan lain-lain), halaman atau lembaran yang bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dengan yang asal: hanya ~-~ sijil sahaja yang perlu dihantar; 2. terjemahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala cabutan bermaksud 1. apa yang (sudah) dicabut, diambil daripada sesuatu; ~ bertuah undian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (daripada karangan dan sebagainya); (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sehungan dengan itu, rangkai kata yang sesuai ialah salinan sijil nikah. | Makna | 27.12.2018 |
"Dari pandu uji hinggalah cabutan bertuah..." Adakah penggunaan "Dari" dalam ayat ini betul? | Penggunaan kata sendi nama "dari" dalam contoh ayat "Dari pandu uji hinggalah cabutan bertuah xxxx." adalah betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman268-269. | Tatabahasa | 24.09.2024 |
Adakah ayat atau ejaan betul? Transaksi yang terlibat adalah sama sepertimana tahun 2015 seperti cabutan minit mesyuarat Lembaga Pengarah Kali Ke-26/2017. | Transaksi yang terlibat sama seperti tahun 2015 dalam cabutan minit mesyuarat Lembaga Pengarah Kali ke-26/2017. | Lain-lain | 11.04.2017 |
Adakah betul penggunaan perkataan ekstrak dalam ayat ini "Bersama ini dikemukakan Laporan Kewangan (ekstrak) bagi tahun 2020 untuk rujukan tuan." Maksud ayat yang cuba disampaikan adalah Laporan Kewangan yang dikemukakan adalah beberapa bahagian sahaja, bukan keseluruhan. | Perkataan yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah extract dalam bahasa Inggeris yang bermaksud cabutan. Sila gunakan perkataan cabutan untuk ayat tersebut. | Makna | 20.08.2021 |
Mohon kelulusan input banner berikut : JOM RAYA JOM SIMPAN SSPN-i Plus Daftar online hari ini : www.lovesspn.com 1 Tabungan 4 Keistimewaan PERCUMA RM50* JADI MILIK ANDA! Hadiah Lumayan Untuk Dimenangi Cabutan Wow! Tahunan Tempoh Promosi : 1 Julai 2016 - 30 Jun 2017 Cabutan #JomRayaJomSimpan Tempoh promosi : 11 Jun 2017- 10 Julai 2017 Cenderahati menarik menanti mereka yang layak! Di Cawangan PTPTN terpilih selagi stok masih ada Hubungi 03-2193 3000 www.ptptn.gov.my #LoveSSPN | Permohonan iklan boleh dibuat melalui http://dbpsahbahasa.my/ Sekian terima kasih
| Lain-lain | 08.06.2017 |
Mohon kelulusan input bunting berikut : Logo PTPTN Tabung Pendidikan JOM RAYA JOM SIMPAN SSPN-i Plus Daftar online hari ini : www.lovesspn.com 1 Tabungan 4 Keistimewaan PERCUMA RM50* JADI MILIK ANDA! Hadiah Lumayan Untuk Dimenangi Cabutan Wow! Tahunan Tempoh Promosi : 1 Julai 2016 - 30 Jun 2017 Cabutan #JomRayaJomSimpan Tempoh promosi : 11 Jun 2017- 10 Julai 2017 Cenderahati menarik menanti mereka yang layak! Di Cawangan PTPTN terpilih selagi stok masih ada Hubungi 03-2193 3000 www.ptptn.gov.my #LoveSSPN *Tertakluk pada terma dan syarat ** Gambar yang dipaparkan ialah ilustrasi sahaja ***PTPTN berhak menukar hadiah dengan nilai yang setara tanpa memaklumnya kepada pelanggan | Permohonan iklan boleh dibuat melalui http://dbpsahbahasa.my/ Sekian terima kasih
| Istilah | 08.06.2017 |
Adakah ayat dalam Bahasa Melayu sama maksud dengan ayat tulisan Jawi? Gollll! Menangi hadiah eksklusif ini dengan Pakej Advance MaxCheck! * Tertakluk pada Terma & Syarat. Satu (1) cabutan bertuah bagi setiap pembelian pakej Advance MaxCheck. Tawaran sah sementara stok masih ada. Gوللل مآناgي هادياه آكسكلوسيف يني دآنgان باكآج ادفانثآ ماخشآثك! طآرتاكلوك بادا تآرما دان سيارات. صاتو (أ) ثابوتان بآرتواه باgي سآتياب بآمبآليان باكآج ادفانثآ ماخشآثك. طاواران ساه سآمتارا ستوثك ماسيه ادا | Lihat Lampiran. | Ejaan | 31.03.2014 |
Bolehkan saya dapat senarai kata-kata pinjaman bahasa Cina yang terdapat dalam Kamus Dewan? Sekian, terima kasih. | Dalam sumber rujukan kami tidak ada senarai khusus yang merupakan cabutan daripada mana-mana kamus tentang kata-kata pinjaman daripada bahasa Cina. Oleh itu, saudara perlu merujuk kamus untuk mengenal pasti senarai yang dimaksudkan. | Lain-lain | 17.11.2009 |