Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.da.ngan] | چادڠن

Definisi : 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun; ~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu; ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak me­lambung tinggi; ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.da.ngan] | چادڠن

Definisi : 1 sesuatu atau apa-apa yg dicadangkan; anjuran; usul: ~nya telah ditolak oleh jawatankuasa pusat. 2 sesuatu yg disediakan utk digunakan apabila perlu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cadangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya masih keliru tentang penggunaan istilah 1. Pernyataan 2. Penyataan. Apabila saya membaca cadangan-cadangan jawapan yang diberikan ada yang tidak tekal (jawapan daripada tahun 2010 hingga 2014). Untuk pembinaan soalan untuk pelajar, yang manakah yang lebih tepat? 1. Berdasarkan pernyataan di atas.... 2. Berdasarkan penyataan di atas dan 1. Pernyataan masalah... 2. Penyataan masalah Jika salah, mengapa? Sekian, terima kasih.Mohon maaf kerana lambat menjawap pertanyaan tuan. Menurut data kami, perkataan pernyataan merujuk 1. kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman; 2. kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media. Manakala penyataan merujuk perbuatan melahirkan pendapat dan sebagainya. Pada pandangan kami, istilah yang lebih tepat merujuk pada soalan tersebut ialah pernyataan.Makna21.12.2015
salam 1 Malaysia, yang manakah ayat yang sesuai yang menunjukkan penggunaan adalah dan ialah bagi contoh ayat berikut; 1. Kebanyakan item cadangan tersebut adalah cadangan yang berkaitan dengan kebajikan dan beban kerja guru 2. Kebanyakan item cadangan tersebut ialah cadangan yang berkaitan dengan kebajikan dan beban kerja guru sekian tqKebanyakan item cadangan tersebut ialah cadangan yang berkaitan dengan kebajikan dan beban kerja guru.Tatabahasa28.08.2015
Tuan. Saya ingin mengetahui status soalan yang telah saya hantar kerana masih belum menerima jawapan. Harap maklum. Terima kasih, Dilampirkan soalan sekali lagi. Terima kasih. Soalan: Salam sejahtera. Saya masih keliru tentang penggunaan istilah 1. Pernyataan 2. Penyataan. Apabila saya membaca cadangan-cadangan jawapan yang diberikan ada yang tidak tekal (jawapan daripada tahun 2010 hingga 2014). Untuk pembinaan soalan untuk pelajar, yang manakah yang lebih tepat? 1. Berdasarkan pernyataan di atas.... 2. Berdasarkan penyataan di atas dan 1. Pernyataan masalah... 2. Penyataan masalah Jika salah, mengapa? Sekian, terima kasih. Tarikh dan Masa Pertanyaan : 21/12/2015 10:07:19 AMMohon maaf kerana lambat menjawap pertanyaan tuan. Menurut data kami, perkataan pernyataan merujuk 1. kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman; 2. kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media. Manakala penyataan merujuk perbuatan melahirkan pendapat dan sebagainya. Pada pandangan kami, istilah yang lebih tepat merujuk pada soalan tersebut ialah pernyataan.Makna28.12.2015
Saya ingin bertanya tentang perbezaan antara kertas CADANGAN program dan kertas KERJA program. Adakah keduanya mengandungi maklumat yg sama atau ada perbezaan dlm kandungan tersebut..?
Sebelum menjawab soalan, kami kemukakan maksud "cadangan" dan "kerja"untuk rujukan tuan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "cadangan" bermaksud sesuatu yang dicadangkan, anjuran, usul, saranan manakala "kerja" bererti usaha (kegiatan, urusan) yang bertujuan untuk menghasilkan (menyelesaikan, menye­diakan) sesuatu.

Secara umumnya, kertas cadangan program dan kertas kerja program merujuk kepada benda yang sama iaitu kertas kerja (makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu). Justeru, tiada perbezaan yang ketara dalam kandungan kedua-dua bahan ini.
Makna11.03.2018
Sala sejahtera, 1. Cadangan Jadual Kem Motivasi 2. Jadual Cadangan Kem Motivasi 3. Jadual Kem Motivasi Cadangan Yang manakah betul dan tepat ? Terima kasih.Untuk makluman, yang paling tepat ialah Cadangan Jadual Kem MotivasiLain-lain29.03.2017
Di atas pembungkusan pek promosi, kami ingin mencari perkataan lain untuk menggantikan perkataan "Percuma 20g", sila berikan cadangan.Cadangan kami bagi menggantikan frasa Percuma 20 gram ialah Lebih 20 gram dan Tambahan 20 gram.Tatabahasa02.03.2015
Bolehkah rangkai kata "menuntut keterbukaan minda" digantikan dengan "memerlukan cadangan terbuka"??Rangkai kata "menuntut keterbukaan minda" tidak sama dengan "memerlukan cadangan terbuka". Frasa cadangan terbuka lazimnya sesuatu yang dicadangkan. Frasa yang boleh digunakan ialah "memerlukan pemikiran terbuka".Tatabahasa18.07.2013
Cadangan ayat 'Dokumen rahsia rasmi ini ialah hak milik Kerajaan Malaysia dan tidak boleh disampaikan kepada sesiapa yang tidak memiliki autoriti'. Tepatkah penggunaan perkataan 'autoriti' dalam menyampaikan maksud ayat di atas? Iaitu sesiapa yang tidak memiliki kuasa yang dibenarkan tidak boleh mengakses dokumen berkenaan.Perkataan "autoriti" boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan, iaitu  "Dokumen rahsia rasmi ini ialah hak milik Kerajaan Malaysia dan tidak boleh disampaikan kepada sesiapa yang tidak memiliki autoriti".Makna17.07.2020
Cadangan istilah dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu untuk 'Parts" di dalam tajuk - "Theft of Accessories and Parts" yang terdapat d dalam dokumen insurans kenderaan. Mohon nasihat DBP untuk mencadangkan istilah yang sesuai untuk "Parts" samada Komponen, Bahagian atau Alat Ganti seperti di bawah:- i) Kecurian Aksesori dan Komponen ii) Kecurian Aksesori dan Bahagian iii) Kecurian Aksesori dan Alat GantiDicadangkan terjemahan bagi Theft of Accessories and Parts ialah Kecurian Aksesori dan Alat Ganti.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2018
cadangan terjemahan untuk frasa "shower-type distillation" dalam bahasa melayuUntuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu untuk “shower-type distillation” dalam pangkalan data kami. Mohon tuan/puan berikan penggunaan perkataan tersebut dalam contoh ayat supaya boleh kami cadangkan terjemahan yang sesuai. Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan06.09.2017
12345678910...

Kembali ke atas