Bulan Yang tidak dipagari bintang Cahayanya yang menerangi Gelap gulitanya malam Bediri kaku seorang insan Terpesona dek kemilauan Sang bulan Indah sunguh purnama malam ini Membuat diri memuji kebesaran Ilahi Dan mengarang sebuah puisi ASSALAMUALAIKUM TUAN, SAYA MEMINTA UNTUK PIHAK TUAN MENYEMAK HASIL PENULISAN RINGKAS SAYA DI ATAS INI TERIMA KASIH | Tuan, sila hantar hasil nukilan tuan ini ke bahagian Majalah atau Buku Umum DBP untuk dinilai secara betul. | Sastera | 28.02.2019 |
MAKSUD SURAM | Suram bermaksud 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; | Makna | 02.10.2010 |
Soalan Kata Hampir Sama Makna Cahaya lampu jalan yang _________ menyebabkan kami takut untuk meneruskan perjalanan. A. suram B. kelam C. muram D. pudar Saya berasa keliru akan penggunaan setiap perkataan di atas. | Suram bermaksud tidak berapa terang (cahaya dan lain-lain) atau agak gelap. Kelam bermaksud tidak berapa terang (berkenaan cahaya, keadaan hari, dan lain-lain), atau agak gelap atau suram. Muram bermaksud tidak berapa terang (cahayanya), buram, guram, kelam, suram. Pudar bermaksud kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram. Berdasarkan makna tersebut suram/kelam/muram/pudar boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut. | Tatabahasa | 21.03.2012 |
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya adakah gemerlap ialah kata adjektif. Jika ya, saya terjumpa satu rujukan terbitan DBP (Tatabahasa Dewan Bentuk Kata m/s85) yang memberi satu contoh gemerlap ialah kata nama selepas berlaku proses sispan -em-. Saya ingin kepastian sahaja bukan mencari kesalahan. Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 659), kata gemerlap diberikan dua kelas kata iaitu kata adjektif dan kata nama. Sila lihat takrifan entri ini. gemerlap kata adjektif 1 (bkn lampu, berlian, bintang dll) bersinar atau berkilau-kilau cahayanya: Mahkotanya bertatahkan permata berlian yg gemerlap. 2 (bkn sso atau sst) cemerlang dan hebat krn banyak kejayaan dicapai atau dicipta dlm sst bidang: Tahun ini, pasukan Cameron lebih gemerlap berbanding tahun lalu. kata nama 3 cahaya yg bersinar atau berkilau-kilau pd lampu, berlian, bintang dll: Tataplah gemerlap bintang-bintang yg bertaburan di langit malam. 4 sinar kecemerlangan atau kehebatan sso atau sst: Gemerlap kehebatan pasukan itu yg mengungguli Liga Perdana kian terpancar. Kelas kata yang digunakan adalah mengikut penggunaan dan konteks bagi kata tersebut. | Lain-lain | 30.06.2021 |