Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.mar] | چامر

Definisi : sj burung, Sterna hirundo; ~ besar berjambul sj burung, Sterna bergii; ~ hitam sj burung, Childonias niger; ~ jambu sj burung, Sterna dougallii; ~ kecil sj burung Sterna albifrons. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.mar] | چامر

Definisi : Mn sangat gemar (makan), lahap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.mar] | چامر

Definisi : nama sj burung, Thalasseus bengalensis bengalensis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata camar

Puisi
 

Burung camar burung di laut,
     Camar seekor beliak mata;
Jangan digemar ikan di laut,
     Ramai orang balik saja.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya sedang membuat kajian tentang cerpen bertajuk "Pisang untuk Beruk Merdeka" yg dikarang oleh Tie Camar dikeluarkan oleh majalah Pelita Bahasa Aprril 2008. Saya kena ulas dari aspek bahasa sastera seperti bhs kiasan. Dalam bahasa kiasan ada 9 item yg perlu sy komen .... boleh tolong saya bagaimana saya nak huraikan dengan baik.Bahasa kiasan mempunyai sembilan (9) aspek. Berdasarkan karya tersebut, sdr buatkan bandingan atau contoh teks (berdasarkan cerpen berkenaan) dan kaitkan dengan aspek  yang mendasari bahasa kiasan. Sebagai contoh, pisang kiasannya untuk makanan atau pengisian kepada pengertian kemerdekaan berdasarkan kepada watak beruk. Dalam hal ini, untuk lebih jelas sdr. perlulah berbincang dengan guru yang memberi arahan kerja projek tersebut. Sekian dan salam.Lain-lain21.02.2009

Kembali ke atas