Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cam.pa/] | چامڤق

Definisi : buang, lempar; ~ batu ki meninggalkan sesuatu tempat buat selama-lamanya; ~ buang a) membuang barang sesuka hati; b) tidak menghargai sesuatu barang; c) lembing yg dibuat drpd kayu; ~ bunga sj permainan kanak-kanak; umpamanya orang ~ bunga, dibalas ~ tahi prb perbuatan yg baik dibalas dgn yg jahat; mencampak membuang, melempar; ~ wang menaburkan wang utk orang miskin; mencampakkan melemparkan, membuang­kan: semuanya kelihatan ~ panah masing-masing ke tanah; ia tidak sedar lagi lalu ~ dirinya dr atas pohon itu; tercampak 1. terlempar, terpelanting: ia pun ~ di atas tanah; 2. sampai ke tempat yg jauh (terasing), terbuang: mereka sekarang ~ ke sebuah pulau yg kecil dan terpencil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cam.pa/] | چامڤق

Definisi : sj penyakit berjangkit yg menye­babkan penghidapnya demam dan bintil-bintil merah tumbuh pd kulit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cam.pa/] | چامڤق

Definisi : ; mencampak membuang dgn agak kuat (bkn sesuatu yg dipegang); melempar. mencampakkan melemparkan sesuatu yg dipegang; menghumbankan: Apabila mendengar jawapan pemuda itu, beliau marah lalu ~ buku yg dipegangnya ke lantai. tercampak jatuh dgn agak kuat; terpelanting: Ketika melalui jalan yg berlekuk-lekuk dan berliku-liku, dia nyaris-nyaris ~ keluar dr lori tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[cam.pa/] | چامڤق

Definisi : = sakit (demam) ~ penyakit berjangkit yg menyebabkan penghidap­nya demam dan kulitnya ditumbuhi bintil-bintil merah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata campak

Puisi
 

Budak-budak atas jambatan,
     Campak batu seorang satu;
Ramai duduk di medan,
     Campak pantun seorang satu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa berikut : 1. seperti belut pulang ke lumpur 2. air susu dibalas dengan air tubaPeribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa berikut ialah 1. seperti belut pulang ke lumpur = seperti burung gagak pulang ke benua. 2. air susu dibalas dengan air tuba = campak bunga dibalas dengan campak tahi. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Peribahasa Sekolah Menengah, Asiah Abdul Rahman dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Abdullah Hussain.Lain-lain01.09.2010
Merujuk kepada Buku Teks Sains Darjah 5 halaman 11 ISBN 983-62-8859-7, saya mendapati kekeliruan tafsiran istilah antara 'chicken pox' dengan 'measles'. Sepanjang pembelajaran saya, 'chicken pox' ialah demam campak manakala measles ialah 'cacar air' dan sebaliknya yang diterbitkan di dalam buku tersebut. Kedua-duanya berpunca daripada virus yang berbeza. Harap Tuan dapat memberi penjelasan. Terima kasih.

Merujuk soalan anda, kedua-dua istilah berkenaan, iaitu chicken pox - cacar dan measles - campak adalah tepat dengan merujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Malah penggunaan perkataan ini juga diguna pakai dalam laman web Bahagian Pendidikan Kesihatan, kementerian Kesihatan Malaysia. Anda boleh merujuk laman web ini. sekian terima kasih.

chicken pox: http//www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/ChickenPox.php

measles: http//www.infosihat.gov.my/media/bahanPameran/Pam%20Imunisasi/PDF/Pos_Imum_29.pdf

Lain-lain11.04.2011
#apakah yang dimaksudkan dengan buang, anak dan buang anak??Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat, buang ialah campak atau lempar. Anak ialah manusia atau binatang yg masih dlm kandungan atau yg baru lahir. Buang anak pula ialah tidak mahu anak atau tidak mengaku anak (peribahasa). Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan. Harap maklum.Makna03.01.2008
Salam, kerap digunakan perkataan "mengenai" yang membawa maksud "tentang", soalan saya dari sudut tatabahasa, bolehkah menggunakan perkataan "mengenai"? Contoh ayat, "Kajian ini dijalankan mengenai....."

Saudari,

Antara maksud perkataan mengenai termasuklah berkaitan, dengan atau tentang. Berdasarkan contoh ayat yang dikemukakan perkataan 'mengenai' boleh digunakan dalam konteks makna yang tersebut. Walau bagaimanapun kata yang lebih lazim digunakan ialah 'tentang' kerana mengenai lebih kerap digunakan untuk maknanya yang pertama, iaitu 'kena pada'.

Saya sertakan makna mengenai menurut Kamus Dewan Edisi Keempat iaitu: 1. kena pd (matlamat, sasaran, dll): maka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yg putus lehernya; diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia; 2. menyentuh, bergesel dgn (sesuatu): hendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu; 3. berkenaan (berkaitan, berhubungan) dgn, tentang: dlm buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting ~ beberapa perkara; mereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut; 4. menimpa: penyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak drpd orang dewasa; 5. Mn, bp bersetubuh;

Tatabahasa02.08.2012

Kembali ke atas