Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cam.ping] | چمڤيڠ

Definisi : ; compang-~ koyak-koyak, cobak-cabik; ®compang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata camping


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan, berikut ialah soalan saya. 1) mengambil keputusan betul atau membuat keputusan betul? 2) Adakah ayat Baju-baju itu mahal belaka betul? Jika terdapat kata ganda yang membawa maksud adjektif, tidak boleh muncul dalam satu ayat yang sama? 3) Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Sipadan atau Ali tertarik oleh keindahan di Pulau Sipadan? Terdapat jawaban dari khidmat nasihat pada tahun-tahun yang lepas yang menyatakan bahawa kedua-dua tertarik oleh / tertarik dengan adalah betul. 4) Pekerja itu ditegur oleh majikan kerana berpakaian compang-camping. Adakah compang-camping perlu ditukarkan kepada mencolok mata? 5) Rakyat Malaysia perlu menghargai budaya warisan kita. Adakah budaya warisan betul? Apakah perbezaan antara budaya warisan dengan warisan budaya?1. Membuat keputusan atau mengambil keputusan, kedua-duanya adalah betul.

2. Ayat Baju-baju itu mahal belaka adalah betul.

3. Ayat yang betul ialah Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Sipadan.

4. Ayat Pekerja itu ditegur oleh majikan kerana berpakaian compang-camping adalah betul. Compang-camping dan mencolok mata mempunyai maksud yang berbeza.

5. Ayat budaya warisan adalah betul. Perbezaan budaya warisan dan warisan budaya adalah seperti yang berikut:

   Warisan Budaya ialah artifak, sesuatu yang turun-temurun, peninggalan daripada generasi terdahulu, dikekalkan pada masa kini serta dipelihara untuk generasi akan datang. Manakala Budaya Warisan ialah tamadun, peradaban yang diwarisi oleh sesuatu kaum/etnik terdahulu, dikekalkan pada masa kini serta dipelihara untuk generasi akan datang.

Tatabahasa02.08.2021
Ramli dan Aeron lari________ apabila dikejar angsa Pak Dollah. A. tunggang-langgang B. compang-camping C. mundar-mandir D. lintang-pukang *(jawapan yang diberi ialah "D", tetapi adakah "A" boleh diterima juga?)Merujuk Kamus Dewan, tunggang-langgang juga membawa maksud lintang-pukang dan lintang-pukang juga ada membawa maksud tunggang-langgang. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut. 
Tatabahasa19.05.2013
b. Kenal pasti kesalahan penggunaan kata yang terdapat dalam ayat. Kemudian, betulkan kesalahan tersebut. Demi Keda 1. Buah-buahan yang telah masak ranum itu jatuh bergelimpangan di atas tanah. 2. Ibu memasukkan telur kuning ke dalam mangkuklalu memukulnya hingga kembang. 3. Penyakit aneh yang dideritai datuk memerlukan perhatian dan kajian doktor pakar. 4. Faiz menemukan barang kemas yang tidak ternilai harganya itu secara tidak sedar. 5. Adegan pihak polis kejar-mengejar perompak itu telah dirakam oleh orang ramai. 6. Ibu menegur abang yang memakai pakaian compang-camping ke majlis kenduri. Syarikat ternama itu berjaya kerana mengutamakan penghasilan dalam setiap bidang. 7. 8. Adik amat gembira sekali kerana dihadiahkan rantai kunci yang berumbai-rumbai. 9. Saya suka hati terhadap kanak-kanak itu kerana keletahnya yang manja dan bersahaja. 10. Kulitnya terasa amat perit sekali apabila terkena air kerana lukanya masih belum pulih sepenuhnya. Minta semak kegramatisan ayat di atas

Untuk penyemakan dokumen atau teks yang panjang, DBP menyediakan khidmat penyemakan dokumen/teks dalam bahasa Melayu secara berbayar.

Untuk pertanyaan tuan/puan, kami menggalakkan tuan/puan membuat penyemakan langsung dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 432 hingga 575. Walau bagaimanapun, kami memberikan dua contoh penambahbaikan terhadap pertanyaan tersebut:

  1. Ibu memasukkan kuning telur ke dalam mangkuk, lalu memukulnya hingga kembang.
  2. Saya gembira melihat keletah kanak-kanak yang manja.
Tatabahasa22.01.2026

Kembali ke atas