salam 1 malaysia, Adakah ayat berikut sesuai digunakan. mohon pembetulan (jika perlu) Selain itu, dasar penempatan guru baharu dan pertukaran guru perlu dibuat pada awal tahun (januari) supaya tidak tidak menggangu PdP dalam bilik darjah serta pengurusan sekolah yang lain. Untuk meminimumkan masalah akibat daripada permasalahan ini, pihak KPM dan JPN perlu tegas dan tidak boleh ada campur tangan politik dalam hal tersebut, sebagaimana yang dicadangkan oleh pentabir sekolah dalam kajian ini. terima kasih. sekian | Selain itu, dasar penempatan guru baharu dan pertukaran guru perlu dibuat pada awal tahun (bulan Januari) supaya tidak tidak menggangu PdP dalam bilik darjah serta pengurusan sekolah yang lain. Untuk meminimumkan masalah akibat permasalahan ini, pihak KPM dan JPN perlu tegas dan tidak boleh ada campur tangan politik dalam hal tersebut, sebagaimana yang dicadangkan oleh pentabir sekolah dalam kajian ini. Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my) dan buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 28.09.2015 |
Saya pelajar sarjana ukm dan sedang membuat kajian tentang "code switching" antara bahasa malayu dan bahasa inggeris. Soalan saya: 1. Apakah pandangan DBP tentang perkembangan lagu2 yang kini menggunakan bahasa campur antara bahasa melayu dan bahasa inggeris? 2. Pada pandangan DBP, Apakah kesannya terhadap pendengar dan perkembangan bahasa melayu? | Saudara, Jawapan kepada soalan yang dikemukakan memerlukan sauadara membuat kajian dan penyelidikan. Oleh yang demikian disarankan saudara membuat rujukan di perpustakaan di tempat saudara atau hubungi Pusat Dokumentasi Melayu melalui khidmat1@dbp.gov.my. | Lain-lain | 17.10.2009 |
1. apakah makna digniti? bolehkah pihak tuan memberi definisi yang tepat untuk perkataan tersebut? 2. adakah perkataan diskusi diterima dalam bahasa melayu? 3. bagaimanakah bentuk penulisan kata majmuk apabila digabungkan dengan kata terbitan? bolehkah pihak tuan memberikan beberapa contoh penulisan tersebut? | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, digniti bermaksud 1. sifat yg mulia, kemuliaan, kebesaran: mereka menganggap kerja mereka sbg satu profesion yg mempunyai maruah dan ~ tersendiri; 2. kedudukan (gelaran, pangkat, dll) yg tinggi: sudah sampai masanya dunia filem tanah air diberi ~ tersendiri. 2. Perkataan diskusi diterima pakai dalam bahasa Melayu. 3. Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Contohnya campur aduk -> mencampuradukkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 75. | Istilah | 14.10.2009 |
1. Adakah betul ayat ini " Saya tersenyum apabila tiap kali pulang..." perkataan tiap bukankah sepatutnya ditukar kepada perkataan setiap atau tiap-tiap kerana perkataan tiap tidak mempunyai maksud. Tlg jelaskan alasannya. 2. nyatakan sebab kesalahan penggunaan bahasa Inggeris dalam ayat bahasa Melayu? sebagai contoh : Saya perlu bergerak ke check point seterusnya. 3. Adakah titian Siratul Mustaqim kata pinjaman arab dalam bahasa Melayu? Berikan alasan yang jelas. 4. "RAKAN saya" adakah ayat ini boleh dikatakan kesalahan bahasa kerana menggunakan huruf besar? | 1. Klausa tersebut betul kerana tiap sama maknanya dengan setiap dan tiap-tiap. 2. Terjemahan check point dalam bahasa Melayu ialah tempat pemeriksaan. Oleh itu, penggunaan perkataan bahasa Inggeris dalam ayat tersebut menjadikan bahasa yang bercampur-campur atau disebut bahasa rojak. 3. Perkataan siratalmustakim dipinjam daripada bahasa Arab. 4. Kesalahan penggunaan tanda baca. Perkataan rakan ialah kata umum dan tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali apabila kesemua perkataan ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 23.03.2012 |
Bagaimana hendak membezakan antara kata majmuk dengan frasa?1) daun kering ,bilik muzik, buah pisang digolong dalam frasa atau kata majmuk? 2) bertepuk tangan, sedang bernyanyi,sangat suka,di taman, seekor rama-rama digolong dalam frasa atau kata majmuk? Minta buat penjelasan...terima kasih | Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaiakan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Contohnya, jalan raya, daya serap, campur aduk, tunjuk ajar dan ambil alih. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa pula merupakan satu kata atau lebih yang dapat bertugas sebagai subjek, predikat atau objek dalam pembinaan sesuatu ayat seperti buku dalam ayat. Contohnya, Saya membaca buku. 1. Daun kering - Frasa nama 2. Bilik muzik - Kata nama 3. Buah pinang - Kata nama 4. Bertempuk tangan - Kata kerja 5. Sedang bernyanyi - Kata kerja 6. Sangat Suka - Kata adjektif 7. Di taman - Frasa sendi nama 8. Seekor rama-rama - Kata nama | Tatabahasa | 09.09.2017 |
Salam..betul/salah ayat-ayat ini dan jelaskan. Terima kasih. 1.Antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. 2.Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. 3.Ayah telah menggali di belakang rumah sebuah perigi batu. 4.Baju kurung moden yang berwarna jingga itu bagi kakak long saya. 5.Benar tepat jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu. 6.Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Ali. 7.Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas. 8.Guru Besar berterima kasih di atas pandangan guru-gurunya. 9.Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah." 10.Kedua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. 11.Kejayaan cemerlang yang diperolehi Mustafa kerana usaha gigihnya. 12.Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu. 13.Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. 14.Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein. 16.Pemandu muda itu menafikan dia memotong garisan berkembar. 17.Seekor lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu. 18.Semenjak dari hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini. 19.Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh. 20.Siapatah yang suka membuang sampah di kawasan ini. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:1"> - Antara acara yang dipertandingkan termasuklah mewarna dan melukis poster. 1">
- Apa-apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. 1">
- Ayah telah menggali sebuah perigi batu di belakang rumah.1">
- Baju kurung moden yang berwarna jingga itu untuk kak long saya. 1">
- Jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu tepat. 1">
- Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak di atas meja Cikgu Ali. 1">
- Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas. 1">
- Guru Besar berterima kasih kepada guru-gurunya atas pandangan yang diberikan. 1">
- Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah." 1">
- Pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.1">
- Kejayaan cemerlang yang diperoleh Mustafa kerana usaha gigihnya. 1">
- Perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu. 1">
- Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya dengan sepinggan kuih seri muka. 1">
- Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein. 1">
- Pemandu muda itu menafikan bahawa dirinya memotong garisan berkembar. 1">
- Satu lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu.1">
- Semenjak hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini. 1">
- Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh. 1">
- Siapalah yang suka membuang sampah di kawasan ini.1">
| Tatabahasa | 20.01.2015 |
Assalamualaikum& salam sejahtera, saya ingin bertanya bagaimana untuk membezakan kata majmuk dan frasa? | Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaiakan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Contohnya, jalan raya, daya serap, campur aduk, tunjuk ajar dan ambil alih. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa pula merupakan satu kata atau lebih yang dapat bertugas sebagai subjek, predikat atau objek dalam pembinaan sesuatu ayat seperti buku dalam ayat. Contohnya, Saya membaca buku. 1. Daun kering - Frasa nama 2. Bilik muzik - Kata nama 3. Buah pinang - Kata nama 4. Bertempuk tangan - Kata kerja 5. Sedang bernyanyi - Kata kerja 6. Sangat Suka - Kata adjektif 7. Di taman - Frasa sendi nama 8. Seekor rama-rama - Kata nama | Tatabahasa | 26.07.2018 |
Apakah itu Psikologi Pendidikan? Apakah definasinya dan bagaimana penggunanya | Psikologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana manusia belajar dalam latar pendidikan, keberkesanan campur tangan pendidikan, psikologi pengajaran, dan 1" title="Psikologi sosial (belum ditulis)">psikologi sosial sekolah sebagai pertubuhan. Psikologi pendidikan melibatkan diri tentang bagaimana pelajar belajar dan berkembang, seringnya dengan menumpukan subkumpulan seperti kanak-kanak bergeliga dam mereka yang kehilangan upaya. | Makna | 18.01.2009 |