Perang diteruskan dengan campur tangan lebih hebat dari/daripada negara-negara luar terutamanya Amerika Syarikat. | Perang diteruskan dengan campur tangan lebih hebat daripada negara-negara luar terutamanya Amerika Syarikat. | Tatabahasa | 03.04.2012 |
salam, saya nak tanya, untuk penggunaan ayat: "Inggeris mula campur tangan di Tanah Melayu bermula 11 Ogos 1786 apabila......" adakah ia betul atau adakah perlu meletakkan perkataan pada selepas perkataan bermula seperti ini: "Inggeris mula campur tangan di Tanah Melayu bermula pada 11 Ogos 1786 apabila...."??? Harap dapat beri bantuan.terima kasih. | Saudara, Ayat yang sempurna dan betul ialah " Pihak Inggeris mula campur tangan di Tanah Melayu bermula pada 11 Ogos 1786." | Tatabahasa | 09.02.2010 |
campurtangan | Ejaan yang betul ialah campur tangan. Soalan saudari tidak jelas, sila jelaskan apa yang dikehendaki berdasarkan perkataan tersebut. | Ejaan | 05.03.2009 |
perkataan intervensi | Perkataan intervensi bermaksud Campur tangan dalam urusan antara dua pihak (orang, negara, golongan) lain. (Rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4) | Makna | 21.08.2007 |
Erti Simpulan Bahasa a) Jalan Buntu b) Jalan Tengah c) Lepas Tangan d) Campur TAngan e) Angkat Tangan f) Bangkai Bernyawa g) Simpul Mati h) Atas Angin i) Jalan Belakang | Makna Simpulan Bahasa: a) Kegagalan mencapai persetujuan dan sebagainya dalam perundingan dan lain-lain. b) Keputusan (pendapat) yang diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yang berbeza. c) Tidak masuk campur dalam sesuatu hal. d) Mengambil bahagian dalam atau memasuki hal orang (kejahatan dan lain-lain). e) Menyerah kalah. f) Orang yang terlibat dalam penagihan dadah yang teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kepada keluarga, masyarakat dan sebagainya. g) Ikatan yang susah diurai. h) Berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain. i) Cara melakukan sesuatu dengan tidak mengikut peraturan yang telah ditentukan. | Lain-lain | 10.05.2009 |
Salam..betul/salah ayat-ayat ini dan jelaskan. Terima kasih. 1.Antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. 2.Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. 3.Ayah telah menggali di belakang rumah sebuah perigi batu. 4.Baju kurung moden yang berwarna jingga itu bagi kakak long saya. 5.Benar tepat jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu. 6.Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Ali. 7.Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas. 8.Guru Besar berterima kasih di atas pandangan guru-gurunya. 9.Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah." 10.Kedua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. 11.Kejayaan cemerlang yang diperolehi Mustafa kerana usaha gigihnya. 12.Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu. 13.Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. 14.Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein. 16.Pemandu muda itu menafikan dia memotong garisan berkembar. 17.Seekor lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu. 18.Semenjak dari hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini. 19.Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh. 20.Siapatah yang suka membuang sampah di kawasan ini. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: - Antara acara yang dipertandingkan termasuklah mewarna dan melukis poster.
- Apa-apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan.
- Ayah telah menggali sebuah perigi batu di belakang rumah.
- Baju kurung moden yang berwarna jingga itu untuk kak long saya.
- Jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu tepat.
- Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak di atas meja Cikgu Ali.
- Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas.
- Guru Besar berterima kasih kepada guru-gurunya atas pandangan yang diberikan.
- Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah."
- Pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.
- Kejayaan cemerlang yang diperoleh Mustafa kerana usaha gigihnya.
- Perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu.
- Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya dengan sepinggan kuih seri muka.
- Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein.
- Pemandu muda itu menafikan bahawa dirinya memotong garisan berkembar.
- Satu lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu.
- Semenjak hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini.
- Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh.
- Siapalah yang suka membuang sampah di kawasan ini.
| Tatabahasa | 20.01.2015 |
salam 1 malaysia, Adakah ayat berikut sesuai digunakan. mohon pembetulan (jika perlu) Selain itu, dasar penempatan guru baharu dan pertukaran guru perlu dibuat pada awal tahun (januari) supaya tidak tidak menggangu PdP dalam bilik darjah serta pengurusan sekolah yang lain. Untuk meminimumkan masalah akibat daripada permasalahan ini, pihak KPM dan JPN perlu tegas dan tidak boleh ada campur tangan politik dalam hal tersebut, sebagaimana yang dicadangkan oleh pentabir sekolah dalam kajian ini. terima kasih. sekian | Selain itu, dasar penempatan guru baharu dan pertukaran guru perlu dibuat pada awal tahun (bulan Januari) supaya tidak tidak menggangu PdP dalam bilik darjah serta pengurusan sekolah yang lain. Untuk meminimumkan masalah akibat permasalahan ini, pihak KPM dan JPN perlu tegas dan tidak boleh ada campur tangan politik dalam hal tersebut, sebagaimana yang dicadangkan oleh pentabir sekolah dalam kajian ini. Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my) dan buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 28.09.2015 |
Apakah itu Psikologi Pendidikan? Apakah definasinya dan bagaimana penggunanya | Psikologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana manusia belajar dalam latar pendidikan, keberkesanan campur tangan pendidikan, psikologi pengajaran, dan psikologi sosial sekolah sebagai pertubuhan. Psikologi pendidikan melibatkan diri tentang bagaimana pelajar belajar dan berkembang, seringnya dengan menumpukan subkumpulan seperti kanak-kanak bergeliga dam mereka yang kehilangan upaya. | Makna | 18.01.2009 |
Bagaimana hendak membezakan antara kata majmuk dengan frasa?1) daun kering ,bilik muzik, buah pisang digolong dalam frasa atau kata majmuk? 2) bertepuk tangan, sedang bernyanyi,sangat suka,di taman, seekor rama-rama digolong dalam frasa atau kata majmuk? Minta buat penjelasan...terima kasih | Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaiakan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Contohnya, jalan raya, daya serap, campur aduk, tunjuk ajar dan ambil alih. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa pula merupakan satu kata atau lebih yang dapat bertugas sebagai subjek, predikat atau objek dalam pembinaan sesuatu ayat seperti buku dalam ayat. Contohnya, Saya membaca buku. 1. Daun kering - Frasa nama 2. Bilik muzik - Kata nama 3. Buah pinang - Kata nama 4. Bertempuk tangan - Kata kerja 5. Sedang bernyanyi - Kata kerja 6. Sangat Suka - Kata adjektif 7. Di taman - Frasa sendi nama 8. Seekor rama-rama - Kata nama | Tatabahasa | 09.09.2017 |
Assalamualaikum& salam sejahtera, saya ingin bertanya bagaimana untuk membezakan kata majmuk dan frasa? | Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaiakan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Contohnya, jalan raya, daya serap, campur aduk, tunjuk ajar dan ambil alih. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa pula merupakan satu kata atau lebih yang dapat bertugas sebagai subjek, predikat atau objek dalam pembinaan sesuatu ayat seperti buku dalam ayat. Contohnya, Saya membaca buku. 1. Daun kering - Frasa nama 2. Bilik muzik - Kata nama 3. Buah pinang - Kata nama 4. Bertempuk tangan - Kata kerja 5. Sedang bernyanyi - Kata kerja 6. Sangat Suka - Kata adjektif 7. Di taman - Frasa sendi nama 8. Seekor rama-rama - Kata nama | Tatabahasa | 26.07.2018 |