Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata can num


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah suku kata bagi perkataan " minuman" , "makanan", "pelajaran" , "dipelajari " ,"sayur-sayuran" dan "buah-buahan" ? contohnya , minuman- "mi-num-an" atau " mi-num-an" ? Terima kasih.

Suku kata bagi perkataan " minuman" , "makanan", "pelajaran" , "dipelajari " ,"sayur-sayuran" dan "buah-buahan" adalah seperti yang berikut:

(i) mi-num-an, (ii) ma-kan-an, (iii) pe-la-jar-an, (iv) di-pe-la-jar-i, (v) sa-yur-sa-yur-an, (vi) bu-ah-bu-ah-an

Lain-lain22.04.2010
Saya ingin menanyakan utk list di num 7 didalam borang ini.
Untuk perkara 7, tuan perlu membuat permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Permohonan ini boleh dibuat melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Setelah aktifkan akaun, sila log masuk dan buat permohonan dengan memilih menu Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan, pilih Pihak Berkuasa Tempatan dan klik "Pilih", muat naik visual iklan dan klik "Simpan".

Buat bayaran secara dalam talian berdasarkan jenis iklan yang dipilih (RM10 atau RM30) dan iklan tuan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja selepas bayaran dibuat.
Lain-lain13.05.2022
minuman = mi + nu + man hadiah = ha + diah pertukaran = per + tu + ka + ran yang ditulis di atas tu ialah suku kata ke? ada orang cakap patut tulis macam ini:- minuman = mi + num + an hadiah = ha + di + ah pertukaran = per + tu + kar + an jadi macam mana ni?Pemisahan suku kata yang betul adalah seperti yang berikut:
1. mi-num-an
2. per-tu-kar-an
3. ha - di - ah

Sebutan yang betul adalah seperti yang berikut:
1. mi-nu-man
2. per-tu-ka-ran
3. ha-diah
Ejaan04.10.2013
Apakah suku kata bagi perkataan " minuman" , "makanan", "pelajaran" , "dipelajari " ,"sayur-sayuran" dan "buah-buahan" ? contohnya , minuman- "mi-nu-man" atau " mi-num-an" ? Terima kasih.Soalan telah dijawab.Lain-lain22.04.2010
apakah maksud Jangankan...pun dan sedangkan...apatah lagi Ada mereka ada perbezaanJangankan bermaksud usahkanjangankan hendak makan, mi­num pun dia tak mahu.
Sedangkan bermaksud sekalipun, walaupun, meskipun: sedangkan binatang yg tidak berakal itu lagi dapat diajar oleh manusia.
Apatah bermaksud apalagi: saya tidak mampu membeli kereta, apatah lagi Ali yg miskin itu.
Lihat perbezaan makna dan penggunaan ketiga-tiga perkataan ini melalui contoh ayat yang diberikan.
Tatabahasa19.10.2021
Salam, Apakah yang dimaksudkan dengan "redaktur ahli" yang biasanya wujud dalam bibliografi bahasa Indonesia? Sekian, terima kasih.Untuk makluman, perkataan "redaktur ahli" tidak ada dalam pangkalan data DBP. Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, redaktur bermaksud 1. orang yang menangani bidang redaksi  num">2. pemimpin (ketua atau penerbit) surat khabar dan sebagainya.Makna24.01.2014

Kembali ke atas