Canggih | Canggih bermaksud moden dan kompleks (alat); hebat dan menarik. | Makna | 26.02.2008 |
visor canggih seba gaya atau visor canggih penuh gaya atau visor canggih bergaya | Ungkapan yang sesuai untuk laras iklan ialah visor canggih bergaya. | Tatabahasa | 29.05.2012 |
Maksud canggih ialah moden dan kompleks. Boleh kita anggap maksud seerti bagi canggih ialah moden? | Canggih bermaksud moden dan kompleks (alat); hebat dan menarik. Ya. Boleh. | Istilah | 18.03.2018 |
adakah perkataan jenayah canggih sesuai digunakan dalam satu-satu ayat. Sila berikan cadangan terbaik bagi ayat berikut: Dimana sekarang dikota jenayah-jenayah besar dan canggih sedang meningkat | Berdasarkan konteks ayat yang telah diberikan oleh saudara, "jenayah canggih" tidak sesuai digunakan. Di bawah ini dicadangkan contoh ayat yang sesuai digunakan: Jenayah berlaku secara berleluasa di ibu kota. | Lain-lain | 25.09.2007 |
Pada zaman serba canggih ini, budaya yang (diinginkan / diingini) hanyalah keseronokan dan keselasaan. Jawapan yang mana? diinginkan atau diingini? Terima kasih. | Pada zaman serba canggih ini, budaya yang diinginkan/diingini hanyalah keseronokan dan keselasaan. Dari aspek makna kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut, namun jawapan yang paling tepat ialah diingini.
| Tatabahasa | 30.07.2014 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah ayat itu robot canggih tepat atau tidak. | Ayat yang lebih tepat ialah: Robot itu canggih. | Tatabahasa | 15.12.2023 |
Adakah ayat di bawah betul? Kewujudan teknologi yang canggih menyebabkan seseorang memilih untuk bertafakur di hadapan skrin komputer di rumah daripada menjalankan aktiviti riadah yang dianggap meletihkan. | Kewujudan teknologi yang canggih menyebabkan seseorang memilih untuk berada di hadapan skrin komputer di rumah daripada menjalankan aktiviti riadah yang dianggap meletihkan. | Tatabahasa | 10.04.2015 |
1. APAKAH PERKATAAN SEERTI DENGAN PERKATAAN SOFISICATED DAN MAKSUDNYA. 2. JIKA ADA BAGAIMANA EJAAN YANG TEPAT. | Maksud sofistikated ialah mempunyai cita rasa yang tinggidan halus, bersifat kompleks dan halus. Perkataan lain ialah canggih. Ejaannya sofistikated dan canggih. | Makna | 22.09.2008 |
CKA GROUP canggih kreativ arif | Untuk perkhidmatan pengesahan iklan papan premis perniagaan, sila layari laman web dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, sila teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. Sila rujuk panduan pendaftaran dan video penggunaan DBP Sah Bahasa untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 25.02.2021 |
Adakah " Pada marcapada yang canggih dengan sains dan teknologi ini, ... " salah atau betul? | Ayat tersebut betul dari segi maksudnya. Bagaimanapun ia bergantung kepada konteks penggunaan. Marcapada ialah perkataan sastera lama yang bermaksud pada dunia sekarang ini. | Tatabahasa | 28.08.2008 |