1)Adakah kosa kata 'cengkerang' masih digunakan untuk maksud kulit kerang? 2)Lagu rakyat 'enjit' atau 'injet' atau 'enjet' semut, yang manakah betul? | 1. Ejaan yang betul ialah cangkerang. LihatĀ cangkerang">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cangkerang. 2. Dalam data kami Enjit-enjit Semut. LihatĀ http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=enjit+semut. | Tatabahasa | 05.09.2014 |
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan) | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama. | Makna | 17.02.2010 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut? 1. Mussel Walking Wheels 2. Oyster Farm Upwellers 3. Pearl Shell Cleaning Machines Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah: 1. Mussel Walking Wheels - Roda Penggerak Rawai Kupang 2. Oyster Farm Upwellers - Alat Penaik Ladang Tiram 3. Pearl Shell Cleaning Machines - Mesin Pembersihan Cangkerang Mutiara | Istilah | 28.01.2016 |