ingin memastikan yg mana perkataan di bwh betul. Wah! cantiknya kasut itu. Wah, cantiknya kasut itu! | Yang betul - Wah, cantiknya kasut itu! Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 255. | Tatabahasa | 20.07.2009 |
Salam sejahtera. 1. "Wah, cantiknya!" Kata Ahmad. 2. "Wah, cantiknya!" kata Ahmad. Yang manakah satukah ayat yang betul? terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Wah, cantiknya!" kata Ahmad. | Lain-lain | 17.08.2021 |
Adakah " cantiknya " adalah perkataan digraf??? | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Contoh yang diberikan merupakan digraf pada ny bagi perkataan cantiknya. Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini. | Tatabahasa | 29.09.2015 |
kata seru 1. ____,cantiknya pemandangan di sini! 2._____,hebatnya budak ini! *Wah atau Amboi?? Apakah jawapan yang paling tepat untuk kedua-dua soalan ini?Kenapa? Terima kasih. | Kedua-dua kata seru wah dan amboi boleh bertukar ganti dalam ayat ini. 1.Wah/amboi, cantiknya pemandangan di sini! 2. Wah/amboi, hebatnya budak ini! Kata seru wah ialah kata utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll): ~, dahsyat sungguh!; ~, bukan main banyaknya wang masuk!, manakala kata seru amboi ialah kata utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: ~, lajunya kereta ini!; ~, cantik sungguh awak hari ini! | Tatabahasa | 04.05.2010 |
Bagaimanakah kita ingin menggunaan tanda seruan yang betul | Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! Menurut penerbitan Gaya Dewan, hanya satu sahaja penggunaan tanda seru dan huruf besar selepas tanda seru. | Tatabahasa | 15.04.2013 |
Hai, Adakah penggunaan tanda seru untuk penegasan ayat di bawah adalah betul? Terima Kasih! Selamat beristirahat! Terbaik! Hebat! Mantap! | Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! Penggunaan tanda seru yang lazim untuk penegasan perkataan berikut ialah: Terima Kasih. Selamat beristirahat. Terbaik! Hebat! Mantap! | Lain-lain | 29.06.2021 |
Ingin minta penjelasan tentang penggunaan "terkesima" dan "terpegun" | Terkesima bermaksud tercengang, termangu-mangu, hilang akal. Terpegun bermaksud tercegat serta tidak dapat berkata apa-apa kerana terperanjat dan sebagainya. Penggunaan perkataan tersebut hendaklah disesuaikan mengikut kesesuaian makna dengan konteks penggunaannnya, seperti Pak Kaduk terkesima melihat cantiknya ikan emas pd joran kail itu, dan dia terpegun berdiri di pintu dengan mulutnya ternganga tatkala melihat kejadian ragut di hadapannya. | Makna | 23.08.2016 |
Salam sejahtera, Saya mempunyai kemusykilan mengenai tanda baca bagi ayat di bawah. Perempuan tua itu memberi gadis itu sebuah periuk. "Periuk ini akan memasak bubur yang sangat sedap," katanya. "Kau cuma perlu berkata, 'Masaklah, wahai periuk, masaklah!'" Adakah tanda seru (!) berada sebelum atau selepas tanda (')? Terima kasih. | Tanda seru dalam ayat ditulis pada akhir ayat, contohnya "Wah, cantiknya rumah itu!" Tanda seru berada sebelum tanda petik ( " ). | Tatabahasa | 16.04.2013 |
Apakah perbezaan penggunaan kata seru wah dan amboi dalam ayat? Terima kasih | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna amboi ialah kata seru yang menyatakan rasa hairan(kasihan dll) atau untuk memujuk. wah juga merupakan kata seru yang menunjukkan kehairanan(terkejut,kagum, dll). Oleh yang demikian tiada perbezaan yang jelas antara kedua-duannya dan kadangkala boleh bertukar ganti dalam ayat ini seperti:. 1.Wah/amboi, cantiknya pemandangan di sini! 2. Wah/amboi, hebatnya budak ini! | Tatabahasa | 06.05.2014 |
Assalamualaikum. 1. Apakah perbezaan kata seru ' Wah' dan 'Amboi' dalam ayat. 2. Boleh sertakan contoh ayat sekali. Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna amboi ialah kata seru yang menyatakan rasa hairan(kasihan dll) atau untuk memujuk. wah juga merupakan kata seru yang menunjukkan kehairanan(terkejut,kagum, dll). Oleh yang demikian tiada perbezaan yang jelas antara kedua-duannya dan kadangkala boleh bertukar ganti dalam ayat ini seperti:. 1.Wah/amboi, cantiknya pemandangan di sini! 2. Wah/amboi, hebatnya budak ini! | Tatabahasa | 22.06.2011 |