Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cap cop


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan yang betul ialah Cap dan bukannya Cop. Justeru, bagi perkataan "Cap Keselamatan", "Cap Keluar", "Cap Masuk", apakah perkataan bahasa Inggeris padanan bagi perkataan bahasa Melayu di atas. Terima kasihUntuk makluman, perkataan  "Cap Masuk", "Cap Keluar" dan "Cap Keselamatan" memang tidak terdapat dalam data DBP.  Sehubungan dengan itu, tidak ada padanan yang dapat diberikan. Selain itu, maksud penggunaan perkatan tersebut agak kurang jelas, mungkin boleh diterangkan dengan lebih terperinci untuk dilihat kembali.Istilah11.08.2015
Assalamualaikum. Tuan DBP saya ingin bertanya berkenan dengan istilah penggunaan nama cop di dalam jabatan saya yang bercampur dengan perkataan Bahasa Inggeris. Mohon jelaskan istilah yang sebenarnya. 1. Cop Crown 2. Cop Added 3. Cop Modified 4. Cop Deleted 5. Cop Open 6. Cop Repeat Mohon diberi makna jika ada setelah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Saya boleh dihubungi di talian 017-7267345. Sekian, terima kasih. Hisham Bin Othman @ Mohd.Adakah cop yang tuan maksudkan ialah cap? Perkataan yang betul ialah cap, bukan cop yang banyak digunakan dalam urusan pejabat. Setiap kata tersebut boleh diterjemahkan kepada bahasa Melayu yang sempurna seperti cap mahkota/cap tajuk, cap tambahan, cap ubah suai, cap batal/cap hapus, cap buka dan cap ulang.Penyemakan dan penterjemahan13.06.2015
Apakah perbezaan antara cop dan cap ?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (2020), terdapat banyak makna bagi perkataan cap dan cop. Tuan boleh merujuk Kamus Dewan Perdana (2020) untuk maklumat lanjut. Makna19.08.2025
Saya Hisham Bin Othman @ Mohd. Bertugas di Unit Cop Keselamatan, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. Pertanyaan: Istilah penggunaan bagi perkataan yang betul digunakan: 1. Cop keselamatan atau cap keselamatan. 2. Unit Cop Keselamatan atau Unit Cap Keselamatan 3. Mesin emboss (atau ada perkataan Bahasa Malaysia yang berkaitan jika ada) Mohon bantuan tuan / puan DBP. Terima KasihPerkataan yang betul ialah cap, Unit Cap Keselamatan. Padanan emboss dalam bahasa Melayu ialah cetak timbul.Istilah10.06.2015
1)tandatangan 2)cap atau cop1)tandatangan 2)copEjaan03.08.2011
COP ATAU CAP?

Ejaan yang betul ialah cap.

 

Ejaan03.06.2009
Assalamualaikum tuan, "Tandatangan dan Cop" ATAU "Tandatangan dan Cap"? Terima kasih.Salam,

Jawapan yang tepat ialah tandatangan dan cap.
Istilah11.04.2016
penggunaan istilah yang tepat untuk perkataan " COP MOHOR " atau " CAP MOHOR"Perkataan yang betul ialah "cap mohor".Tatabahasa18.02.2025
Saya telah merujuk kepada Koleksi Lembar Bahasa 2000-2001 dan 2007. Ada beberapa kekeliruan: 1. cap (tera/cetak) - cap (apa kesalahan ejaan tersebut? Adakah istilah cop yang dimaksudkan?) 2. istirehat - isytirahat. Istilah mana yang tepat? Isytirahat atau istirahat? 3. diubah suai - diubahsuai. Mengikut buku Tatabahasa dewan, kata majmuk berpasangan yang ditambah imbuhan apitan sahaja akan ditulis rapat, contoh ubah suai menjadi diubah suai sepatut masih ditulis terpisah tetapi dalam senarai Koleksi Lembar Bahasa tercatat sebagai yang betul ialah diubahsuai ? 4. Bandar raya - Bandar raya. Apa kesalahan ejaannya? Ada beberapa istilah yang betul tetapi dicatatkan salah ejaannya. 5. Definasi - Fefinisi. Adakah ini kesalahan menaip? 6. Cendekiawan atau cedekiawan? 7. Apa perkaitan renik (rendah) dengan ruang niaga? Terima kasih

Penggunaan kata/ejaan yang betul ialah cap, istirahat, ubah suai, diubah suai, bandar raya, definisi, cendekiawan, renek dan ruang niaga. Untuk maklumat lanjut rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan di ruangan Carian Spesifik taipkan perkataan yang hendak dicari. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.

Ejaan11.12.2011
Assalamualaikum tuan, saya maimun dari Pejabat La Negeri Pahang, mohon pengesahan berkaitan dengan penggunaan perkataan yang betul sama ada cop rasmi atau cap rasmi. terima kasih atas bantuan pihak DBPPerkataan yang betul ialah cap rasmi.Lain-lain05.10.2018
12

Kembali ke atas