Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ /audience, crowd/, /para penonton, orang ramai/ yg penuh sesak; be filled to ~, penuh padat, penuh, padat: the hall was filled to ~, dewan itu penuh padat; fill st to ~, memenuhi sst: the rain filled the dams to ~, hujan memenuhi empangan-empangan; seating ~, jumlah tempat duduk. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 5. authority, kuasa: he did not have the ~ to act, dia tdk ada kuasa utk bertindak; 6. optimum limit of production, keupayaan maksimum: the steel mill is operating at full ~, kilang besi waja itu menjalankan operasinya pd keupayaan maksimum; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. position, role, tugas: in his official ~, dlm tugas rasminya; in (o’s) ~ as, (with intransitive verb) sebagai; (with transitive verb) kerana: he made the statement in his ~ as head of the delegation, dia membuat kenyataan itu sebagai ketua delegasi; certain privileges were granted to him in his ~ as the chairman of the bank, beberapa keistimewaan diberikan kepadanya kerana dia pengerusi bank; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. ability, power, keupayaan: man’s ~ to survive under stress, keupayaan manusia hidup dlm keadaan tertekan; the ~ of warm air to absorb moisture, keupayaan udara panas menyerap kelembapan; a child’s ~ for happiness, keupayaan kanak-kanak utk bergembira; 2. volume, muatan, isian: a water tank with a 200 litre ~, sebuah tangki air yg mempunyai muatan 200 liter; cranial ~, isian tengkorak; 3. power, keupayaan: lifting ~ of 1, 000 kilograms, keupayaan mengangkat seberat 1, 000 kilogram; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata capacity


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya sedang mancari terjemahan istilah "capacity building" atau "capacity development" yang sering kali digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, badan-badan kementerian mahupun organisasi-organisasi secara amnya. Saya sedang menggunakan istilah "pembangunan keupayaan" buat masa ini sehinggalah saya menjumpai istilah yang lebih baik. Terima kasih atas maklum balas tuan.Istilah "capacity building" atau "capacity development" boleh diterjemahkan sebagai "pembinaan keupayaan", "pembinaan kapasiti", "pembangunan kapasiti" atau "pembangunan keupayaan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah18.05.2022
Saya ingin bertanya apakah terjemahan bagi 'cyber range'. Contoh ayat ialah seperti berikut; The mammoth scale in a cyber range offers the capacity to emulate any host domain and an infinite variety of endpoints.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "cyber range" ialah julat siber.Istilah27.09.2016
Salam sejahtera, Manakah terjemahan yang sesuai digunakan bagi "Stacker"? a) Penindan b) Petak c) Lain-lain (sila nyatakan pendapat anda) Contoh ayat: High Capacity Stacker Maksud: Dulang output mesin pencetak yang boleh menyimpan kertas berkapasiti tinggi. Kertas output boleh dikeluarkan menggunakan kart di dalam "stacker". Mohon bantuan tuan/puan. Terima kasih.Sila rujuk bentuk peralatan yang sebenar. Stacker boleh diterjemahkan kepada penindan jika bentuk peralatan tersebut bertindan, jika sebaliknya stacker boleh diterjemahkan kepada petak.Penyemakan dan penterjemahan23.06.2015
Mohon bantuan terjemahan kepada Bahasa Malaysia. Terima kasih. Objectives and Scope of Audit The objectives of the independent auditing are: • To ensure continuous compliance of SFMLA/LTL holders with the terms and conditions of Sustainable Forest Management Licence Agreement (SFMLA) or Long Term Licence Agreement as well as legal compliance with Malaysian laws and in confirmation with the EU-FLEGT of TLAS requirement; • To improve the performance of the SFMLA/LTL holders with systematic monitoring on the ground; • To upgrade the skills and capacity of the Sabah Forestry Department’s Officers in carrying out auditing works; • To instill transparency and professionalism of forest managers. • To evaluate the corrective action taken by the SFMLA/LTL holders to address non-conformance issues raised in the previous audit. The scope of the audit covers all aspects of forest operations in the SFMLA/LTL areas including observation of licence conditions, Forest Management Plan, Annual Work Plan, and scrutinizing of respective laws and regulations as stated in the TLAS requirements.DBP menyediakan perkhidmatan menyemak hasil terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Tuan boleh menterjemahkan dahulu dokumen daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan menghantarkannya kepada kami untuk semakan terjemahan.Penyemakan dan penterjemahan01.07.2014
Mohon semak tatabahasa dan nahu karangan .

Seminar Health in the Sustainable Development Goals (SDG) and Universal Health Coverage (UHC) and Health for Our Future Generation Foresight Workshop pada 11- 12 Ogos 2020.

Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia selaku Urusetia kepada SDG&UHC bagi Sektor Kesihatan telah mengadakan Seminar Health in the Sustainable Development Goals (SDG) and Universal Health Coverage (UHC) and Health for Our Future Generation Foresight Workshop pada 11- 12 Ogos 2020  bertempat di National Health Institute (NIH), Setia Alam dengan kerjasama World Health Organization (WHO).

Seminar tersebut sebagai platform bagi membincangkan prestasi pencapaian sistem kesihatan negara dan untuk mendapatkan input tambahan, komen serta langkah penambahbaikan dalam mencapai sasaran SDG& UHC di Malaysia. Manakala bengkel pula bertujuan sebagai pengenalan kepada metodologi Foresight bagi Perancangan Strategik (Strategic Foresight) dalam Sektor Kesihatan yang merangkumi aspek Polisi (Policy), Sosial dan Nilai ( Social and  Value), Kewangan (Finance), Persekitaran (Environment)dan Perundangan (Laws and Regulation).

Seminar tersebut telah dihadiri oleh 120 orang peserta daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Medical Relief Society Malaysia (Mercy Malaysia)  dan pelbagai bahagian, di Kementerian Kesihatan. Turut hadir dalam seminar tersebut ialah  Dr. Jacqueline Lo Ying-Ru, wakil WHO untuk Malaysia, Brunei & Singapura dan Professor Pascale Allotey (Pengarah, United Nation University – International Institute for Global Health (IIUGH).

Sesi pembentangan dimulakan dengan Presentation Overview of SDG in Health Sector & UHC in Malaysia oleh Pengarah Bahagian Perancangan, Yang Berusaha Dr. Nordin Saleh dan seterusnya acara perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Penyelidikan dan Sokongan Teknikal (P&ST), Dr. Hishamshah bin Mohd Ibrahim.

Sebanyak lima (5) pembentangan telah diadakan bagi membincangkan pencapaian, isu dan cabaran serta hala tuju bagi indikator-indikator yang tersenarai di dalam kerangka SDG UHC. Ia merangkumi lima (5) tema utama iaitu  Reproductive, Maternal, Neonatal& Child Health, Health System & Service Capacity,Communicable Diseasesdan Urban & Environmental HealthsertaNon Communicable Diseases & Mental Health.

Sepanjang  seminar berlangsung, maklum balas, pandangan dan cadangan langkah penambahbaikan dalam mencapai sasaran SDG UHC daripada peserta telah dicatatkan. Output daripada  seminar ini akan dibukukan sebagai prosiding seminar untuk mendokumentasikan perbincangan setelah indikator dibentang.

Agenda ini disusuli dengan Health for Our Future Generation Foresight Workshop yang dikendalikan oleh Malaysia Industry-Government Group for High Technology(MIGHT). Adalah diharapkan bahawa peserta bengkel telah mendapat pengenalan dan pendedahan awal mengenai foresight bagi memudahkan mereka membuat  analisa dan merangka perancangan situasi kesihatan pada masa hadapan

Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sesi seminar dan bengkel tersebut.

 

 

 

Tatabahasa19.08.2020

Kembali ke atas