Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.pai.an] | چاڤاين

Definisi : (Komp) proses memasuki ruang simpanan utk menyimpan atau memperoleh kembali data dlm komputer; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.pai.an] | چاڤاين

Definisi : ist proses memasuki ruang simpanan utk menyimpan atau memperoleh kembali data dlm komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata capaian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Siapakah yang bertanggungjawab memastikan capaian internet agar berjalan lancar?Bahagian yang bertanggungjawab memastikan capaian internet agar berjalan lancar ialah Bahagian Sistem Maklumat, DBP.Lain-lain22.06.2009
Bolehkah digunakan perkataan SECAPAIAN? Bila saya merujuk kepada Pusat Rujukan DBP, tiada dalam carian. Melainkan perkataan CAPAI dan CAPAIAN. Maka, bolehkan imbuhan awalan SE disatukan dengan CAPAIAN?Se- ialah awalan yang bermaksud satu seperti sekali dan sehari yang bermaksud satu kali dan satu hari. Tidak ada contoh perkataan secapaian dalam sumber rujukan kami.Tatabahasa31.05.2016
Salam satu Malaysia, Terjemahan bagi "Access point" dalam pangkalan data DBP ialah "Titik Capaian". Terjemahan "access" juga ialah "akses". Soalan saya, bolehkah "access point" diterjemahkan sebagai "Titik Akses" juga? Mohon pendapat DBP. Terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang betul ialah titik capaian.Istilah15.10.2014
outreach programCadangan kami: capaian program @ khidmat bantuan programIstilah16.02.2009
mengapa semenjak hari sabtu (21 sept 2019) saya dapati capaian di kamus dbp sudah tidak seperti selalu? banyak terma yang saya cuba cari sudah tidak lagi dipaparkan. Contohnya, perkataan english - malay, "jumpsuit", "amazing" "incredible" saya seorang penterjemah bebas dan selalu bergantung kepada kamus dbp untuk memastikan kerja saya tepat. Saya harap kamus dbp dapat digunakan seperti sediakala secepat mungkin.

Masalah ini merupakan masalah  teknikal dan pihak kami telah mengajukan perkara ini kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan lanjut. Pihak tuan sudah boleh mengakses laman web tersebut untuk carian perkataan.

Lain-lain22.09.2019
Iklan Gravo Store telah dilurus atau belum?Sila log masuk capaian dbpsahbahasa.my untuk khidmat pengesahan bahasa DBP.Lain-lain18.03.2019
Saya ingin mengemukakan cadangan pertukaran istilah dalam Khidmat Nasihat bagi istilah "outreach program" yang telah dicadangkan sebagai "capaian program". Saya dapati ini tidak menepati hukum Diterangkan-Menerangkan. Saya juga khuatir ini akan menjadi ikutan sesiapa yang ingin merujuk istilah ini kelak. Diharap pembetulan dapat dilakukan. Sekian.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "outreach program" ialah program khidmat masyarakat atau program bantuan.Istilah21.09.2016
Adakah awak sudah berkhatan?Jika betul-betul berminat untuk mengetahui tentang berkhatan, rujuk artikel tentang berkhatan, seperti capaian, http://www.hmetro.com.my/node/15981. Untuk pertanyaan bahasa, kemukakan pertanyaan dengan sopan dan jelas.Lain-lain06.11.2015
Astro AWANI baru-baru ini ada meuar-uarkan beberapa perkataan ICT, salah satunya adalah "kawasan khas" yang bermaksud hotspot dalam bahasa Inggeris. Adakah perkataan kawasan khas ini benar-benar merujuk kepada kawasan yang menerima capaian Internet atau hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada kawasan khas yang fizikal/zahir?Assalamualaikum,
Merujuk kepada kawasan khas di sini ialah kawasan yang boleh menerima capaian Internet yang disediakan oleh mana-mana pihak yang berkaitan.
Sekian terima kasih
Makna22.11.2017
Mengapakah kotek lelaki boleh tegang?Jika betul-betul berminat untuk mengetahui tentang berkhatan, rujuk artikel tentang berkhatan, seperti capaian, http://www.hmetro.com.my/node/15981. Untuk pertanyaan bahasa, kemukakan pertanyaan dengan sopan dan jelas.Lain-lain06.11.2015
12345

Kembali ke atas