Salaam. Saya Aini. Saya ingin tahu istilah nama haiwan 'cape buffalo' dalam Bahasa Melayu. Terima kasih kerana membantu. Wassalam. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah cape buffalo ialah kerbau Cape. | Istilah | 29.04.2008 |
Salam 1Malaysia, Tuan, apakah istilah atau perkataan yang sesuai untuk merujuk kepada kain layang atau 'cape' yang dipakai oleh hero Superman di belakangnya? Terima kasih. | Istilah cape dalam bidang Kesenian diterjemahkan kepada mantel. | Istilah | 23.03.2012 |
Assalamualaikum, saya ingin menghantar penerbitan (Paper penyelidikan) untuk Jurnal di DBP bagi memenuhi syarat pengajian peringkat Doktor Falsafah di UKM. Bidang saya adalah persuratan dan budaya Melayu. Kajian saya adalah tentang Melayu Cape dan pernah tinggal di Cape Town selama 3 tahun untuk melihat secara dekat kehidupan masyarakat ini.Saya ingin tahu bagaimana prosedur untuk menghantar kajian tersebut ke DBP? | Waalaikumsalam. Untuk makluman puan, setiap makalah yang dihantar untuk diterbitkan dalam jurnal DBP akan melalui proses penilaian. Puan boleh menghantar makalah tersebut ke Jurnal Melayu. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Puan Zaiton Darois, editor jurnal, zaiton6@dbp.gov.my. Terima kasih | Lain-lain | 20.06.2013 |
Selamat pagi dan terima kasih kerana sedia membantu. Saya selalu keliru dengan lokasi penggunaan perkataan "akan" pada ayat berbentuk soalan. Yang manakah antara soalan berikut gramatis? 1) "Di negara yang manakah anda akan mendapati bandar Toledo dan Granada?" ATAU "Di negara yang manakah akan anda mendapati bandar Toledo dan Granada?" 2) "Apakah gunung yang akan anda lihat apabila melawati Cape Town, Afrika Selatan?" ATAU "Apakah gunung yang anda akan lihat apabila melawati Cape Town, Afrika Selatan?" | Ayat yang betul ialah 1) Di negara manakah terletaknya bandar Toledo dan Granada?" 2) Apakah gunung yang akan anda lihat apabila melawati Cape Town, Afrika Selatan?"
| Tatabahasa | 31.05.2019 |
Salam. Mohon pengesahan ejaan nama-nama negara dan kawasan ini bagi tulisan bahasa Melayu, serta ejaan Jawinya. 1.) 'Antigua dan Barbuda' atau 'Antigua and Barbuda' 2.) 'Bosnia dan Herzegovina' atau 'Bosnia and Herzegovina' 3.) 'Republik Afrika Tengah' atau 'Central African Republic' 4.) 'Dominika' atau 'Dominica' 5.) 'Republik Dominika' atau 'Dominican Republic' 6.) 'Ivory Coast' atau 'Cote d'Ivoire' 7.) 'Jamaika' atau 'Jamaica' 8.) 'Madagaskar' atau 'Madagascar' 9.) 'Kepulauan Marshall' atau 'Marshall Islands' 10.) 'Monako' atau 'Monaco' 11.) 'Saint Kitts dan Nevis' atau 'Saint Kitts and Nevis' 12.) 'Saint Vincent dan Grenadines' atau 'Saint Vincent and the Grenadines' 13.) 'Sao Tome dan Principe' atau 'Sao Tome and Principe' 14.) 'Skandinavia' atau 'Scandinavia' 15.) 'Kepulauan Solomon' atau 'Solomon Islands' 16.) 'Trinidad dan Tobago' atau 'Trinidad and Tobago' 17.) 'Ekuador' atau 'Ecuador' 18.) 'Kongo' atau 'Congo' 19.) 'Komoros' atau 'Comoros' 20.) 'Kolombia' atau 'Colombia' 21.) 'Tanjung Verde' atau 'Cape Verde'? Terima kasih. | Senarai nama negara ini masih dalam peringkat penyemakan dan kami telah merujuk pakar untuk pengesahan. Setelah pengesahan diperoleh kami akan menghantar kepada tuan melalui e-mel. | Ejaan | 25.11.2021 |