| Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan 'screenshot'? | Salam sejahtera, Tuan, Berdasarkan data kami, terdapat perkataan, screen capture yang diterjemah kepada tangkapan skrin yang bermaksud: Aktiviti menyalin atau memindahkan imej yang sedang dipaparkan di skrin komputer ke fail atau pencetak. Sekiranya sistem berada di dalam mod grafik, tangkapan skrin akan menghasilkan fail grafik yang mengandungi peta bit. Sekiranya sistem dalam mod teks, tangkapan skrin dimuatkan ke dalam fail dengan kod ASCII. Sinonim longgok skrin(Bidang teknologi maklumat). Tuan boleh mengguna pakai terjemahan ini jika konteks yang sama. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Makna | 19.07.2017 |