Car Audio Accessories , Bodykit | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. | Makna | 09.11.2017 |
Car Beauty Saloon | Salun Kecantikan Kereta | Istilah | 19.10.2011 |
Apakah terjemahan bagi perkataan "car pound" iaitu tempat penyimpanan kereta yang ditunda? | Tidak ada padanan car pound dalam sumber rujukan kami. Car pound boleh diterjemahkan kepada tempat simpan kereta tunda. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.08.2016 |
Apakah terjemahan bagi 'remote car control' berdasarkan ayat di bawah. Alangkah terkejutnya dia apabila dia menerima hadiah, iaitu 'remote car control' sempena hari konvokesyennya itu. | Cadangan terjemahan bagi remote car control ialah "kereta kawalan jauh" | Makna | 22.03.2022 |
Ingin terjemahan dalam bahasa melayu bagi "car suspension" | Cadangan terjemahan bagi 'car suspension' ialah sistem ampaian kenderaan | Makna | 19.10.2021 |
Salam sejahtera, Adakah "car chip tuning" boleh diterjemahkan kepada "penalaan cip kereta"? Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih. | Perkataan penalaan cip kereta boleh digunakan bagi terjemahan car chip tuning. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.02.2018 |
Apakah terjemahan bagi ayat ini? "Aku rasa 'baby car seat' ni lagi senanglah nak bawa masuk kat dalam kereta." | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi baby car seat ialah "kerusi kereta bayi" | Makna | 09.07.2022 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Three Car Monorail Train 2.Virtual Silent Track Monorail Train 3.Diesel Cog Locomotive 4. Flywheel Railcars 5.Shunting Vehicles 6.Articulated Railway Passenger Car Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1.Three Car Monorail Train – Tren Monorel Tiga Gerabak 2.Virtual Silent Track Monorail Train – Tren Monorel Trek Senyap Maya 3.Diesel Cog Locomotive – Lokomotif Roda Gigi Diesel 4. Flywheel Railcars – Relkar Roda Tenaga 5.Shunting Vehicles – Kenderaan Pirau 6.Articulated Railway Passenger Car – Gerabak Penumpang Kereta Api Bersendi | Istilah | 17.05.2016 |
Mencari perkataan makna bagi perkataan baby car seat. Dalam kamus online tak wujud. Cuba tanya melalui Facebook, tak ada orang jawab. Memang tak wujud ke? | Padanan perkataan bahasa Melayu untuk perkataan "baby car seat" ialah kerusi keselamatan kanak-kanak. | Makna | 18.05.2020 |
Saudara, Saya ingin tanya istilah bahasa melayu bagi bumper car (istilah bahasa inggeris). Salam hormat. | Padanan dalam bahasa Melayu untuk Bumper Car atau Doggem ialah Kereta Laga. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.12.2019 |