Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, antara ayat berikut yang manakah betul? 1) Encik Lee mengajar pekerja-pekerjanya cara-cara melayan pelanggan yang betul. 2) Encik Lee mengajar pekerja-pekerjanya cara-cara melayan pelanggan dengan betul. Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah Encik Lee mengajar pekerja-pekerjanya cara-cara melayan pelanggan dengan betul.Tatabahasa13.06.2012
1. a)Cikgu Azila mengajarkan cara-cara menulis karangan... b)Cikgu Azila mengajar cara-cara menulis karangan... - Yang manakah ayat yang betul 2. Benarkah perkataan 'makan' &'minum' perlu diletakkan awalan 'me' . Contoh; Ayah hanya meminum secawan kopi kerana sudah terlewat pergi ke pajabat. 3. Apakah perbezaan hingga dan sehingga

Encik Badrul,

1-Jawapan yang betul ialah Cikgu Azila mengajar cara-cara menulis karangan.

2-Perkataan makan dan minum tidak perlu diletakkan imbuhan awalan me

3-Hingga membawa makna garis yang terakhir manakala sehingga bermakna sampai (tentang masa) dan setakat

Tatabahasa01.06.2010
Apakah beza diantara perkataan "garis panduan" dan "panduan". Bagaimanakah cara yang sesuai untuk menggunakanya?. Sekiranya saya ingin mengeluarkan suatu manual mengenai cara cara melakukan sesuatu kerja, adakah manual itu dirujuk sebagai panduan atau garispanduan?. Contoh: Manual bagaimana cara cara menjalankan kajian pencemaran sungai dimana diterangkan cara cara mengambil sampel dan sebagainya. Sekian, terima kasihKamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan, manakala panduan mempunyai 3 takrifan, iaitu: 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya. Berdasarkan huraian tersebut, garis panduan dan panduan membawa maksud yang sama.Istilah11.02.2010
Assalamaualaikum & salam 1 Malaysia, Saya ingin bertanyakan soalan tentang cara-cara untuk penerbitan buku kerana saya sudah mempunyai skrip penulisan cerita hasil karya saya sendiri. Untuk pengetahuan tuan/puan genre buku saya adalah berkaitan tentang kisah teladan kanak-kanak. Justeru itu, saya ingin menerbitkan himpunan cerita-cerita kanak ini dalam bentuk buku sebagai teladan kepada kanak-kanak sekarang. Persoalan saya disini, saya baru hendak mula menerbitkan buku, jadi saya tidak tahu cara sebetulnya kemana skrip ini harus dihantar untuk dinilai?? dan adakah saya perlu mengeluarkan sebarang kos dalam penerbitan buku saya ini? Mohon bantuan daripada tuan/puan atas masalah saya ini.

Anda perlu menghantar cadangan penulisan(contoh penulisan dan maklumat diri) atau manuskrip lengkap untuk penilaian pihak kami. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk penerbitan karya anda termasuk menyediakan lukisan.  Sila hantar karya anda ke alamat berikut:

Ketua

Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak

 dan Remaja(PURNAMA),

Tingkat 21, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

 50460 Kuala Lumpur 

Lain-lain12.06.2010
Salam bahagia dan salam satu Malaysia. 1. Saya ingin mengetahui cara-cara untuk menghantar karya-karya yang dihasilkan oleh sendiri secara online?

Hantarkan sahaja karya itu kepada editor majalah, Abd. Razak Abu Bakar melalui emel razak3@dbp.gov.my

 

 

Lain-lain02.04.2010
1- cara penerbitan antologi puisi perseorangan ?. 2- adakah pihak DBP masih menerima untuk menerbitkan antologi puisi perseorangan ? 3-mohon pihak tuan melihat sedikit puisi saya di laman blog berikut iaitu - http://kotapuisi.blogspot.com/

Salam. Cara penerbitan kumpulan puisi perseorangan:

i.    Kumpul karya puisi sekitar 50 buah hingga 100 buah atau lebih. Sekiranya mempunyai wang peruntukan sendiri lebih mudah menerbitkan sendiri.

ii.   Pihak DBP bersedia menerima pengiriman karya kumpulan puisi perseorangan untuk dinilai bagi tujuan penerbitan. Dalam hal ini, sdr. perlu mengrimkan 100 buah puisi atau lebih (lebih banyak lagi baik). Sebaik-baiknya, puisi-puisi tersebut perlu disusun mengikut tema dan akan melalui proses penilaian oleh pakar yang dilantik oleh pihak DBP.

Sekian dan selamat berjaya! Wassalam. 

Lain-lain24.03.2009
1.faktor-faktor perkembangan sektor pelancongan di negara Malaysia. 2.cara-cara untuk memajukan sektor pelancongan di negara Malaysia.Untuk menjawab soalan ini, saudara perlu merujuk makalah atau bahan penulisan yang disiarkan dalam akhbar atau majalah tempatan atau membuat rujukan di perpustakaan atau buku-buku yang ada di pasaran.Lain-lain21.09.2008
Salam, saya ingin tahu padanan bahasa Melayu untuk perkataan "customize" dan "wood-cloth." Apaka ayat ini gramatis, "Harap-harap, anda kemudian akan ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mengembangkan sendiri rekaan dan cara-cara anda bekerja." Terima kasih.1. Customize diterjemahkan kepada mengikut tempahan atau mengikut pesanan. Wood-cloth tidak ada dalam sumber rujukan kami. Merujuk sumber istilah yang ada seperti wood product dan wood vinegar diterjemahkan kepada keluaran kayu dan cuka kayu, kami cadangkan wood cloth diterjemahkan kepada kain kayu.
2. Ayat yang sesuai, "Harapan kami, anda akan mengetahui dengan lebih lanjut serta mengembangkan sendiri rekaan dan cara-cara anda bekerja".
Istilah23.07.2012
Salam hormat. Saya ingin mengetahui cara-cara untuk mendapatkan hakcipta (copyright) untuk buku dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh saya sendiri. Sekian, terima kasih.Untuk makluman saudara, hak cipta di Malaysia tidak perlu didaftarkan. Hak cipta lahir sebaik sahaja karya dilahirkan. Manuskrip lengkap atau tidak lengkjap tetap dilindungi oleh hak cipta. Secara amalannya hak cipta pertama dipegang oleh penulis sendiri. Ini disebut dalam Akta Hak Cipta Seksyen 26 (1), Hak cipta hendaklah terletak hak mula-mulanya pada penciptanya. Hak cipta kekal kepada penulis sehingga hak ini dipindah atau dilesenkan kepada pihak lain melalui Perjanjian bertulis. Lain-lain19.06.2008
1. Cara mudah untuk membolehkan murid membezakan penggunaan imbuhan me....i dan me....kan. 2. Senarai Kata Hubung yang lengkap.Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Contoh ayat: Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan. Untuk makluman lanjut berkaitan apitan (me-...kan, me...i, memper...kan) dan awalan (memper...) sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 190 - 197 untuk mengetahui setiap peraturan yang tersebut. Terima kasih.Tatabahasa01.02.2011
12345678910...

Kembali ke atas