Bagaimanakah caranya menulis angka di dalam sebuah ayat bagi penyediaan laporan. Contohnya : Analisis terhadap Penyata Pendapatan mendapati empat (4) daripada lapan (8) penyata mencatatkan surplus pendapatan. Perlukah diletakkan kurungan ( ) atau memadai dengan menulis angka sahaja. Mohon penjelasan pihak tuan/puan | Salam sejahtera, Puan, Cara penulisan nombor seperti yang puan nyatakan betul. Nombor satu hingga sembilan hendaklah dieja nombornya (boleh juga meletakkan nombor dalam kurungan), manakala nombor 10 dan ke atas ditulis dengan angka. Sekian, terima kasih. | Ejaan | 19.01.2018 |
bagaimana caranya untuk membuat permohonan baru di bahagian KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (KPBDBP). Terdapatkah alternatif lain yang boleh digunapakai untuk proses permohonan melalui online? teima kasih. | Sila layari http://dbpsahbahasa.my/default untuk penyemakan dan pengesahan bahasa dalam iklan. Terima kasih. | Lain-lain | 11.07.2017 |
Bagaimana caranya jika ingin memohon Sijil Pengesahan Bahasa dari Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk gantung kain rentang? | Sila buat pengesahan iklan secara dalam talian melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, klik "Pengesahan Bahasa" | Lain-lain | 29.05.2017 |
Bagaimana caranya untuk saya menghantar manuskrip kepada DBP? Perlukah saya membuat temu janji untuk menyerahkan "hard copy" secara "by hand" atau sekadar email kepada bahagian yang bertanggungjawab? Terima kasih. | Sila alamatkan manuskrip tuan kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. atau tuan juga membuat janji temu dengan beliau melalui pembantunya melalui talian 03-21479000/01/02. Manuskrip yang diterima akan dinilai pada peringkat bahagian terlebih dahulu untuk diteliti kesesuaian manuskrip dan jika perlu perbincangan akan diadakan dengan penulis oleh editor berkenaan. Manuskrip tersebut seterusnya akan dinilai oleh penilai pakar sebelum dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Editorial dan Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan untuk kelulusan penerbitan. | Lain-lain | 02.03.2017 |
Bagaimana caranya untuk mendapatkan pengesahan penggunaan bahasa jawi dalam pengiklanan papan tanda tunjuk arah bagi setiap daerah/cawangan Lembaga Zakat Selangor ? Saya telah menghubungi pihak DBP namun tidak berjaya. Boleh saya dapatkan no tel yang boleh dihubungi ? | Tuan/puan boleh menghubungi nombor seperti yang berikut: 02-21479400/9108 Terima kasih. | Lain-lain | 26.02.2017 |
Bagaimanakah caranya jika saya ingin memohon khidmat DBP untuk menyemak iklan jawatan kosong yang Syarikat akan pamerkan. | Kami tidak menyediakan perkhidmatan semakan dokumen. Puan boleh menyemak sendiri penggunaan kata yang betul melalui laman web kami dan jika ada perkataan atau ayat yang mengelirukan, boleh hubungi kami semula melalui domain ini atau melalui talian 03-21479400/9500/9600. | Tatabahasa | 07.07.2015 |
bagaimana caranya membuat permohonan untuk papan tanda kilang. nama syarikat - YEWKO METAL ENGINEEERING SDN. BHD | Sila hantar visual iklan tuan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Selepas klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan akan dihantar ke e-mel tuan. Demikian juga kata laluan (password) akan die-melkan kepadatuan. Lampirkan visual dalam menu permohonan. Visual yang dilampirkan hendaklah mempunyai perkataan bahasa Melayu. Berdasarkan nama syarikat tuan, di dalam papan tanda tersebut hendaklah ditulis KILANG KEJURUTERAAN atau yang lain bersesuaian dengan aktiviti perniagaan tuan. | Lain-lain | 25.03.2014 |
bagaimana caranya untuk mendapatkan ISBN bagi buku yang sedang dicetak dan untuk dijual | ISBN dikeluarkan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia. Sdr boleh menghubungi pihak tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 18.04.2011 |
bagaimana caranya hendak mengetahu persatuan2 penulis atau bahasa yang berada di sabah? | Puan Hasnah, Puan boleh menghubungi Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah untuk mendapatkan bantuan, no. tel. 088-439314/315/260 atau e-mel asmiah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 29.12.2010 |
bagimana caranya saya ingin menghantar manuskrip utk terbitan DBP, utk makluman saya ada menulis manuskrip ttg etnik peribumi sarawak khususnya di bintulu dan 1 lagi berkaitan isu keagamaan. saya juga ada mnghtr 2 manuskrip utk terbitan DBP Cawangan Sarawak dan dimaklumkan skrg diperingkat semakan editorial.terima kasih atas maklumbalas pihak tuan. | Tuan boleh menghantar manuskrip tuan ke alamat berikut; Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Jalan Tun Datuk Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya, 93050 Kuching (u.p; Penolong Pengarah Penerbitan) jika ada sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Unit Penerbitan di talian 082-444711. | Lain-lain | 07.12.2010 |