Boleh ke guna perkataan "untuk" di awal ayat? | caret-color: #000000; color: #000000;">Kata sendi nama “untuk” boleh berada pada awal ayat dalam susunan songsang. Contohnya, frasa sendi nama “untuk” sebagai predikat. caret-color: #000000; color: #000000;">Ayat biasa: Barang-barang itu untuk ibu. caret-color: #000000; color: #000000;">Ayat songsang: Untuk ibu barang-barang itu. caret-color: #000000; color: #000000;">Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 482-483. | Tatabahasa | 08.11.2024 |
Majalah-majalah yang bertimbun itu kami baca. Berdasarkan ayat ini, di manakah kesalahannya. Majalah-majalah atau bertimbun-timbun | caret-color: #000000; color: #000000; -webkit-text-size-adjust: auto;">Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: caret-color: #000000; color: #000000; -webkit-text-size-adjust: auto;"> - Majalah yang bertimbun-timbun itu kami baca.
- Majalah yang bertimbun itu kami baca.
| Tatabahasa | 07.05.2025 |