berikan erti=caklempong,calang2,canai,canggung,cangkir,canting, capik,cari gali | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendapatkan maklumat tersebut. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruangan yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 17.04.2010 |
Salam sejahtera, Saya ingin mengetahui istilah BM yg sepadan dgn istilah bahasa inggeris " bioprospecting ". Sekian, terima kasih. CK | Dalam data PRPM tiada terjemahan yang sepadan dengan bioprospecting. Data kami hanya "prospecting" yang membawa maksud cari gali.
| Ejaan | 17.01.2013 |
Selamat sejahtera... Papakah cara terbaik yang boleh digunakan untum engenalpasti kata majmuk rangkai bebas daripada kata majmuk istilah khusus? | Kata majmuk yang merupakan rangkai kata bebas atau umum ialah jalan raya, pasar raya, bandar raya, tengah hari, sama ada, guru besar dsb. manakala kata majmuk yang merupakan istilah khusus ialah telefon dial terus, cari gali, temu duga, segi tiga tepat dsb. | Lain-lain | 28.08.2014 |
Salam hormat. Saya ingin bertanya. Apakah perbezaan antara bentuk kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas dengan kata majmuk yang berbentuk istilah khusus? | Saudara, Kata majmuk yang merupakan rangkai kata bebas atau umum ialah jalan raya, pasar raya, bandar raya, tengah hari, sama ada, guru besar dsb. manakala kata majmuk yang merupakan istilah khusus ialah telefon dial terus, cari gali, temu duga, segi tiga tepat dsb. | Tatabahasa | 02.08.2010 |