Carikan terjemahan tepat 'essential self'. Terima kasih. | Essential self tidak ada dalam pangkalan data kami. Kami memerlukan konsep dan bidang penggunaan istilah tersebut untu mencari dan mencadangkan padanan yang sesuai. | Istilah | 17.10.2011 |
Mohon carikan padanan kata Bahasa Melayu/ istilah sukan bagi perkataan trapping (salah satu teknik mengawal bola dalam bola sepak). Terima kasih. | Merujuk istilah pendidikan jasmani, trapping bermaksud sambut, iaitu salah satu teknik menyambut/mengawal bola. | Istilah | 27.10.2010 |
boleh tak carikan contoh teks pidato bahasa melayu?? | Setakat ini belum ada diterbitkan sebuah buku yang mengandungi contoh pidato. Sila rujuk Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang perkara ini. | Lain-lain | 29.05.2008 |
tolong saya carikan definiusi bagi penyeludupan? | Penyeludupan bermaksud perihal menyeludup(kan), iaitu perbuatan menyembunyikan, menyorokkan; memasukkan (barang, dll) secara haram atau gelap. | Makna | 15.03.2008 |
tolong saya carikan maklumat mengenai definisi bagi penyeludupan | Penyeludupan bermaksud perihal menyeludupkan, iaitu masuk bersembunyi,masuk secara haram. Kamus Dewan Edisi Keempat,halaman 1430. | Lain-lain | 14.03.2008 |
Tuan tolong carikan gantian perkataan : adalah agak berkurangan | Ayat yang betul : Untuk makluman tuan, buat masa ini kedudukan kewangan Majlis agak kurang/berkurang/membimbangkan. | Tatabahasa | 31.10.2007 |
Tuan / Puan, Salam sejahtera. 1) Di mana dapat saya carikan indeks / penunjuk ejaan terbaru untuk perkataan BM? Contohnya, perkataan "Baru" telah ditukar ke "Baharu" "Bahru" dan kini saya tidak pasti yang mana adalah ejaan yang tepat. 2) Di manakah dapat saya carikan kamus terjemahan B.Inggeris-BM? Terdapat banyak perkataan yang kena diterjemahkan tetapi, jarang terdapat laman terjemahan BI ke BM yang memuaskan, kebanyakan adalah laman dari Indonesia. terima kasih. yang benar, suki goh | 1. Semua entri baru dimasukkan dalam Kamus Dewan Edisi terbaru atau saudara boleh juga merujuk Kosa Kata aru dan Istilah Semasa dalam Klik DP yang disiarkan pada setiap bulan, hari rabu minggu ketiga bersama-sama dwngan akhar Berita Harian. 2. DBP hanya menerbitkan Kamus Inggeris Melayu Dewan ukan kamus terjemahan. sila rujuk penerbit besar yang lain untuk mencari Kamus terjemahan. | Tatabahasa | 21.08.2008 |
tuan, tolong bantu carikan terjamahan dalam BM ayat berikut; 1. advance development and skill training 2. developing people life | Terjemahan ayat yang diberikan bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. Contohnya, "advance" boleh bermaksud lanjutan, maju, peringkat tinggi, awal dan sebagainya. Oleh itu, ayat tersebut boleh diterjemahkan kepada beberapa padanan bahasa Melayu. Contohnya: Latihan Kemahiran dan Pembangunan Lanjutan, Latihan Kemahiran dan Pembangunan Peringkat Tinggi. Cadangan terjemahan untuk "developing people life" ialah membangunkan kehidupan rakyat atau membangunkan kehidupan masyarakat. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.01.2017 |
Assalamulaikum Tuan, Minta tolong carikan maksud kendara | Wassalam, Kendera bermaksud; berkenderaan iaitu menaiki sesuatu jenis kenaikanan (seperti motokar dan lain-lain), menunggang kuda (gajah dan lain-lain); Pengendera 1. orang yang menaiki atau menggunakan kenderaan. | Makna | 25.10.2016 |
Perkataan Bahasa Inggeris untuk 'mencebik'. Terima kasih. | Puan Hasnah, Perkataan bahasa Inggeris bagi mencebik yang telah saya usaha carikan ialah - pout | Makna | 24.06.2010 |