Tuan/Puan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan soalan seperti berikut: Soalan : Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "stowage", “custody”, “care” dan “discharge of such goods” dalam konteks ayat di bawah: “… under every contract of carriage of goods by sea the carrier, in relation to the loading, handling, stowage, carriage, custody, care, and discharge of such goods, shall be subject to the responsibilities and liabilities, and entitled to the rights and immunities hereinafter set forth.” Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 28 September 2021. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan berikut sekiranya bersesuaian dengan konsep penulisan puan. 1. Stowage: penyimpanan 2. Custody: pemerhatian 3. Care: penjagaan 4. Discharge of such goods: pemunggahan | Lain-lain | 24.09.2021 |
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman tuan/puan, permasalahan yang timbul adalah untuk menterjemahkan perkataan “keep”, “stowage”, “custody” dan “care”. Berikut dikemukakan teks sumber dan teks yang telah diterjemahkan untuk rujukan tuan/puan. Teks Sumber “Subject to Article VII, under every contract of carriage of goods by sea the carrier, in relation to the loading, handling, stowage, carriage, custody, care and discharge of such goods…” Teks Terjemahan “Tertakluk kepada Artikel VI, dibawah setiap kontrak pengangkutan barang melalui laut oleh pengangkut, berhubungan dengan pemuatan, pengendalian, penyimpanan, pengangkutan, penjagaan, pengawalan dan pemunggahan barang-barang itu…” 3. Walau bagaimanapun, terdapat kesukaran untuk menterjemahkan perkataan “keep” dalam peruntukan berikut kerana ia juga membawa maksud “menyimpan” yang sama maksudnya dengan “stowage”. Teks Sumber “Subject to Article IV, the carrier shall properly and carefully load, handle, stow, carry, keep, care for and discharge the goods carried.” 4. Sehubungan dengan itu, apakah padanan perkataan yang sesuai untuk digunakan dalam terjemahan teks sumber di bawah bagi membezakan maksud perkataan teks sumber “stow” dan “keep”. | Berdasarkan soalan puan, padanan bahasa Melayu untuk "stow" ialah disimpan atau diatur muat manakala "keep" dipadankan dengan disimpan. Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut laras bahasa atau konsep penggunaan dalam sesuatu bidang. | Makna | 25.10.2021 |
Tuan/Puan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan soalan seperti berikut: Soalan : Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "hold, refrigerating and cool chambers sea-going vessels" dalam konteks ayat di bawah: 1. The carrier shall be bound, before and at the beginning of the voyage, to exercise due diligence to— “….make the holds, refrigerating and cool chambers, and all other parts of the ship in which goods are carried fit and safe for their reception, carriage and preservation. “ " Sama ada boleh diterjemah sebagai "palka, ruang sejuk dingin dan semua bahagian lain kapal yang di dalam barang diangkut sesuai dan selamat bagi penerimaan, pengangkutan dan pemeliharaannya dalam konteks ayat di bawah"? Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 28 September 2021. Sekian, terima kasih. | Cadangan terjemahan yang sesuai ialah "palka, ruang penyejukan dan semua bahagian lain pada kapal yang menempatkan barangan yang dibawa elok dan selamat untuk diterima, dibawa dan dijaga". | Penyemakan dan penterjemahan | 24.09.2021 |