Salam, saya ingin tahu apakah perkataan yang sesuai dalam bahasa melayu bagi perkataan baby carrot, | Untuk makluman, belum ada istilah khusus untuk baby carrot. Walau bagaimanapun, cadangan istilah bahasa Melayu untuk baby carrot ialah lobak merah kecil. | Istilah | 28.06.2011 |
Assalamualaikum WBT. Mengapa "carrot" dipadankan dengan kata "lobak merah" yang pada asasnya berwarna jingga jika dilihat dengan mata kasar? Dalam bidang morfologi, "merah" berfungsi sebagai penerang bagi kata nama "lobak". Walaupun begitu, kata "merah" dilihat tidak sesuai untuk menerangkan kata "lobak merah" yang dipadankan dengan "carrot" dalam bahasa Inggeris. Minta penjelasan daripada pihak tuan. | Dalam Kamus Dwibahasa: Bahasa Inggeris - Bahasa Malaysia, terbitan DBP, 1979 telah ada perkataan carrot dan diterjemahkan kepada lobak merah, malah Kamus Dewan, terbitan DBP, 1970 telah ada entri lobak dan dimasukkan juga di bawahnya lobak merah. Hal ini bermakna perkataan dan padanan lobak merah bagi carrot telah ada sekian lama tetapi tidak diketahui etimologinya dan sumber rujukan kami tidak menemukan maklumat yang berkenaan. | Lain-lain | 25.09.2021 |