Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cas] | چس

Definisi : ; mengecas menahan dgn kaki atau menyepak kaki orang (utk menjatuhkannya): orang itu pun rebah apabila dicas ketingnya; mengecaskan menjatuhkan dgn menahan (menyepak) kaki orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cas] | چس

Definisi : melanggar pantang (larangan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cas] | چس

Definisi : jumlah tenaga elektrik yg tersimpan di dlm sesuatu, mis kapasitor dsb: ~ elektrik; bercas telah dicas: bateri-bateri yg ~; mengecas mengalirkan arus elektrik ke dlm bateri yg lemah utk disimpan supaya bateri lebih kuat dan tahan lebih lama: ~ bateri; pengecasan proses atau perbuatan mengecas: kemajuan teknologi kini membolehkan ~ bateri dibuat sekali lagi atau dua kali sahaja sebulan; pengecas alat yg digunakan utk mengecas: dia mengecas baterinya dgn menggunakan ~ elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cas] | چس

Definisi : tenaga elektrik. bercas sudah diisi tenaga elektrik (bkn bateri): bateri-bateri yg ~. mengecas mengisikan tenaga elektrik ke dlm bateri. pengecas alat yg digunakan utk mengecas (bateri). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[cas] | چس

Definisi : ; mengecas menahan kaki orang berjalan (berlari) dgn kaki sendiri supaya orang itu jatuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang di maksudkan dengan perkataan perkhidmatan,cas dan cas perkhidmatan dengan mendalam mengikut dewan bahasa dan pustaka?Antara makna cas merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah melanggar pantang (larangan). Perkhidmatan pula ialah perihal berkhidmat (bertugas). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan atau layari www.prpm.dbp.gov.myMakna06.09.2009
Frasa yang mana kah lebih tepat sebagai terjemahan untuk istilah 'rechargeable battery'.....'bateri boleh dicas semula' atau 'bateri boleh diulang cas' ?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan rechargeable battery ialah bateri dapat dicas semula.Istilah22.04.2009

Kembali ke atas