Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata case


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam dan terima kasih kerana sudi membantu. Istilah "case by case basis" digunakan untuk menggambarkan keputusan yang dibuat secara berasingan, masing-masing mengikut fakta keadaan tertentu - dalam kata lain - mempertimbangkan setiap kes secara berasingan dan bukannya mempertimbangkan beberapa kes secara keseluruhannya. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "case by case basis"? Sekali lagi, terima kasih.Perkataan case by case basis boleh diterjemahkan kepada kes mengikut kes, seperti keputusan berasingan yang dibuat kes mengikut kes.Penyemakan dan penterjemahan24.08.2019
Saya ingin bertanya apa terjemahan 'Case Watch' yang menunjukkan pada bahagian jam tangan seperti dalam gambar yang saya lampirkan ini. Bolehkah saya terjemahkannya sebagai Lingkaran Jam? Terima kasihBerdasarkan gambar yang diberikan, perkataan bahasa Inggeris ialah "watch case" (bukan "case watch"). Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu untuk "watch-case" ialah bekas jam.Istilah03.04.2013
apakah istillah yang tepat bagi Use Case dan class diagram. saya hanya menjumpai model use case dan class diagram dalam carian di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=use+case. Terima KasihIstilah "use case" dan "class diagram" belum mempunyai padanan bahasa Melayu yang rasmi. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah16.03.2017
Apakah terjemahan atau istilah yang sesuai untuk perkataan Bahasa Inggeris 'Fan Case'? Terlampir adalah gambar 'fan case' bagi rujukan DBP.Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "fan case" ialah kelongsong kipas atau bekas kipas.Istilah29.04.2016
1. Prepositional case yang saya maksudkan ini memang saya ingin gunakan untuk merujuk kepada kasus di bahasa Rusia. Contohnya, dalam/atas/sekitar (in/on/about) rumah merupakan prepositional case. (telah diterjemahkan) 2. Mana satu yang betul perkataan ini berasal "daripada" bahasa Inggeris atau "dari" bahasa Inggeris?

1. Berdasarkan contoh prepositional case yang diberikan, DBP mencadangkan kasus preposisi sebagai padanan. Dalam bahasa Melayu kata ini merujuk pada kata sendi nama (kata sendi yang diletakkan di depan kata nama).

2. Ayat yang betul ialah Perkataan ini berasal daripada bahasa Inggeris.
Tatabahasa18.09.2014
Apa terjemahan untuk "phone case"? Sarung telefon?

Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi “phone case” ialah “sarung telefon”. Walau bagaimanapun, penggunaan terjemahan ini perlulah disesuaikan dengan konteks penggunaan dalam ayat dan bidang yang dimaksudkan.

Makna18.10.2024
Penggunaan istilah 'Merungkai'. Dalam kes Mahkamah, Consolidate Cases bermaksud Penyatuan Kes / Kes-Kes Yang Telah Digabungkan. Bagaimana dengan 'Disconsolidate Case? Benarkah frasa MERUNGKAI PENYATUAN KES bersamaan dengan maksud DISCONSOLIDATE CASE?

Untuk makluman, istilah "consolidate cases" dan "disconsolidate cases" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sila berikan konsep atau maksud "disconsolidate case" supaya kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai.

Istilah09.11.2016
Mohon cadangan terjemahan B. Melayu yang tepat bagi istilah "Business Case".Sila kemukakan konteks penggunaan perkataan "business case" untuk kami mencadangkan terjemahan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan26.09.2014
Penggunaan Title Case di dalam ayat contohnya, Tragedi tsunami yang berlaku di Pantai Barat Semenanjung Malaysia mengorbankan banyak nyawa. Adakah Pantai Barat Semenanjung itu menggunakan Title Case jika digunakan di dalam ayat?Jawapan yang diperlukan oleh saudara ialah Pantai Barat Semenanjung. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain19.12.2006
Salam DBP, apakah perkataan sesuai bagi menterjemahkan "case sensitive" yang digunakan bagi membezakan kata laluan huruf besar atau kecil?Padanan bahasa Melayu untuk “case sensitive” ialah sensitif huruf.Lain-lain26.01.2021
1234

Kembali ke atas