| Selamat petang Encik/Puan, Perkataan yang sesuai dalam Bahasa Malaysia untuk perkataan 'casing'(computer). Sekian terima kasih Admin Pustaka Vision | Untuk makluman tuan, terdapat beberapa terjemahan bagi perkataan casing termasuklah selongsong, perumah, bingkai seperti dalam casing&d=346196&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=casing&d=346196&#LIHATSINI. Pada pandangan kami, padanan bahasa Melayu yang paling hampir ialah perumah jika bersesuaian dengan konsep. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.11.2017 |
| Assalamualaikum, Terjemahan sesuai bagi 1. Case/Casing telefon pintar 2. True Wireless Stereo(TWS), penerangan True wireless earbuds have no cord to keep each bud connected to each other. They rely on wireless technology such as Bluetooth to transmit audio from a hardware device. Terima kasih | Padanan bahasa Melayu bagi istilah phone case/casing ialah selongsong telefon dan padanan istilah True Wireless Stereo (TWS) ialah stereo nirwayar sepenuhnya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 13.12.2022 |
| Melalui semakan kami, istilah makanan yang dinyatakan dalam peruntukan di bawah ini iaitu "lup cheong" ialah "lap cheong". Adakah terdapat padanan bagi istilah "lap cheong" ini dalam bahasa Melayu atau istilah asal boleh dikekalkan? (4) The provisions of subregulation (3) relating to the proportion of fat that may be contained in manufactured meat shall not apply to manufactured meat sold in casing and described as salami or salami-type sausage, lup cheong and sausages from edible organs. (4) Peruntukan subperaturan (3) berhubungan dengan kadar lemak yang boleh terkandung dalam daging kilangan adalah tidak terpakai bagi daging kilangan yang dijual dalam sarung dan diperihalkan sebagai salami atau sosej jenis salami, lup ceong dan sosej daripada organ boleh dimakan | Kami mencadangkan istilah dalam bahasa Melayu dikekalkan daripada istilah asal atau cadangan padanan seperti yang berikut: lap cheong - lap cheong/sosej China Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 05.06.2021 |