Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.tat] | چاتت

Definisi : ; mencatat 1. menulis atau merakamkan sesuatu (dlm buku dll) utk peringatan (per­hatian pd masa hadapan dll): seorang setiausaha harus dilantik utk ~ minit mesyuarat itu; cara-cara utk ~ pengeluaran wang; 2. membuat, merintis, memelopori: hari ini, hari yg paling gembira kerana kita telah ~ sejarah baru; 3. mencapai, memperoleh, mendapat (kemenangan, kejohanan, hasil, dll): ia telah ~ kemenangan dlm pertandingan itu; mencatatkan 1. menuliskan atau merakam­kan sesuatu (dlm buku, fail, dll) utk peringatan (tatapan pd masa hadapan dll): Raja Haji Yahaya telah ~ cerita rakyat Melayu; tuan rumah itu ~ nama-nama orang yg berderma; 2. mendaftarkan (diri, nama); 3. me­nuliskan (merakamkan) utk: tolong catatkan saya nama ahli-ahli yg hadir; tercatat sudah dicatat (tertulis, termaktub): orang Yahudi sedia mengetahui dari hal itu sebagaimana yg ~ dlm kitab mereka; catatan yg telah dicatat, peringatan; ~ bawah = ~ kaki keterangan pd bahagian bawah muka surat, nota kaki; ~ harga kete­rangan bkn harga barang; ~ jiwa daftar bilang­an penduduk (banci); ~ rapat Id laporan ringkas bkn apa-apa yg dibicarakan dlm mesyua­rat; pencatatan perihal (perbuatan dsb) men­catat(kan); pencatat 1. orang yg membuat catatan; 2. alat yg digunakan utk mencatat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.tat] | چاتت

Definisi : ; mencatat 1 menulis dlm buku dsb utk peringatan: Ia telah diminta ~ nama-nama pekerja yg datang lewat. 2 mencapai atau memperoleh (kemenang­an, kejayaan dsb dlm sesuatu): Ia telah ~ kemenangan dlm pertandingan itu. tercatat telah ditulis (utk peringatan dll): Hal itu ~ dlm lembaran sejarah tanah air. catatan apa-apa yg sudah dicatat; peringatan: Menurut ~ kerajaan, lebih kurang 423, 260 orang Hindu telah terkorban dlm peperangan di sempadan India. ~ bergu ist kaedah mencatat sesuatu butiran urus niaga sbg debit dlm satu akaun dan sbg kredit dlm akaun yg lain. pencatat 1 orang yg membuat catatan. 2 alat yg digunakan utk mencatat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata catat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa perbezaan makna perkataan: 1) catit, catat 2) cencang, cincang 3) adalah, ialah1.catit sama makna dengan catat yang membawa maksud menulis atau merakamkan sesuatu. 2.cincang = sejenis tumbuhan, cungkil 3.cencang = tetak kecil-kecil atau halus dengan parang. 4.kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama manakala adalah hadir di hadapan frasa adjektif.Tatabahasa31.07.2007
Saya keliru antara penggunaan catat dengan catit..yang mana betul dalam penggunaan ayat?Ejaan yang betul ialah catat.Ejaan24.04.2012
saya ingin mendapatkan panduan dari pihak tuan. Yang mana satu adalah benar? 1)catat atau catit? 2)....sepertimana yang tercatat ...atau .....sepertimana yang tercatit...?Ejaan yang betul ialah catat dan tercatat.Ejaan10.11.2011
apakah maksud mencatit?Ejaan yang betul ialah catat. Mencatat membawa maksud menulis atau merakamkan sesuatu utk peringatan.Ejaan12.07.2016
apakah perbezaan antara mencait dan mencatatPerkataan yang betul ialah mencatat (catat).Istilah04.07.2016
Apakah perkataan yang betul: Catatan atau Catitan. Adakan kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza??Ejaan yang betul ialah catat, catatan. Ejaan catitan tidak lagi diterima pakai.Ejaan27.09.2012
Saya menggunakan telefon pintar dengan sistem Android 2.3 Merujuk kpd kenyataan di dalam akaun Facebook rasmi DBP di alamat versi telefon: https://m.facebook.com/photo.php?fbid=636992936371678&id=109573169113660&set=a.110964238974553.11894.109573169113660&_rdr#637101786360793 bolehkah jelaskan mengapa: - 'analisa' salah tetapi 'analisis' betul? bukankah 'analisa' ialah kata kerja manakala 'analisis' ialah kata nama? - 'silaturrahim' salah tetapi 'silaturahim' betul? perkataan tersebut dipinjam dari perkataan bahasa Arab dengan saddah/ "rr" bukan? Hilang keaslian bahasa & salah ?? - 'kuey teow' salah manakala 'kuetiau' betul? bukankah 'kuey teow' lebih senang difahami berbanding dieja 'kuetiau'?? - 'catit' salah manakala 'catat' betul? bukankah 'catit' ialah perkataan di dalam dialek tertentu yang sepatutnya diterima? perkataan lain seperti perkataan 'gerek' patut diterima juga. jenuh nak ingat perkataan lama dan baru, saya jadi semakin keliru dengan DBP sekarang... lagi satu, perkataan 'selfie' diterima ke dalam bahasa Inggeris, saya cadangkan DBP fikirkan perkataan bahasa Malaysia untuk istilah ini secepat mungkin, takkanlah nak pinjam dari bahasa Inggeris juga, bukan? Saya cadangkan 'gamdiri' daripada 'gambar sendiri'Untuk makluman, pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Proses pembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah behasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. Untuk makluman tuan juga, ejaan kata pinjaman bahasa Arab yang tidak ada dalam bahasa Melayu disesuaikan bentuk visualnya dalam bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, ejaan yang betul ialah analisis, catat, silaturahim dan kuetiau. Perkataan gerek membawa beberapa makna, sila klik  http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gerek. Melalui carian di internet perkataan selfie hanya ditemukan dalam Kamus Oxford versi dalam talian. Perkataan selfie belum ada dalam data kami, oleh itu penggunaannya dalam tulisan perlu diitalikkan.Tatabahasa17.04.2014
Riduan Basri Riduan Basri Jul 8th, 12:35pm Tuan, diruang mana saya mahu merujuk ejaan yang betul. Terima kasih.Sekiranya anda melayari http://prpm.dbd.gov.my untuk pencarian makna contohnya isi padu, pastinya anda akan menaip "isipadu" dan akan keluar paparan seperti ini --> http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=isipadu <-- pada paparan tersebut mempunya jadual yang mengandungi kolum Kata dan Takrif. Perkata yang ada pada kolum Kata itu adalah ejaan yang betul, manakala Takrif ejaannya merujuk kepada korpus bahasa sebab itu ejaan isi padu ditulis isipadu. Untuk memudahkan kefahaman isi padu itu tidak disebut isi (diam) kemudian disebut padu, sebaliknya disebut isipadu. Sebab itu dieja rapat iaitu isipadu untuk tujuan korpus bahasa Melayu. Untuk memastikan ejaan yang betul, boleh juga klik pada Khidmat Nasihat untuk membaca maklumat-maklumat selanjutnya, sama ada pertanyaan ejaan mahupun ayat. Mohon jasa baik tuan untuk mengambil tahu tentang cara membaca kamus. Selain itu, untuk maklumat tuan Kamus Dewan adalah rakaman semua perkataan umum dan yang popular digunakan masyarakat termasuk perkataan yang tidak rasmi dan rasmi. Contohnya perkataan yang tidak rasmi ialah catit dan perkataan rasmi catat. Sebab itu dimaklukan sebelum ini, catit itu salah dan betul adalah catat. Moga ini membantu. Sekian.Ejaan08.07.2014

Kembali ke atas