Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata catitan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perbezaan di antara I. Perlaksanaan atau Pelaksanaan? II. Buku Catatan atau Buku Catitan III. catitan atau catatan?(Kamus Dewan edisi Keempat):
1. perlaksanaan = hasil drpd melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb)
2.pelaksanaan = peihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas, dsb)
3. Ejaan yang betul ialah "Buku Catatan" , bukan "Buku Catitan"
4. Istilah yang diguna pakai ialah "catatan", bukan "catitan".
Istilah10.11.2014
catatan/catitancatatanEjaan15.10.2014
Apakah perkataan yang betul: Catatan atau Catitan. Adakan kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza??Ejaan yang betul ialah catat, catatan. Ejaan catitan tidak lagi diterima pakai.Ejaan27.09.2012
Tua/puan, Sekiranya saya buat satu catitan atau penulisan, bagaimana cara untuk saya buat semakan struktur ayat yang digunakan betul atau tidak. Terima kasih

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan penyemakan dokumen rasmi kerajaan atau dokumen rasmi berkaitan dengan kerajaan. Sekiranya perkhidmatan ini berkaitan dengan khidmat yang diperlukan. Tuan/puan boleh menghubungi kami melalui e-mel nawal@dbp.gov.my

Lain-lain05.12.2025
Saya ingin bertanya mengenai susunan ayat dan bahasa yang digunakan bagi ayat berikut: Maklumat ini adalah petikan dari sejarah kompartmen iaitu mencatitkan tahun dan aktiviti bancian dan rawatan yang dijalankan bersama dengan sedikit penerangan mengenai pengeluaran dari tebangan akhir termasuk spesies, jenis dan keputusan bancian dan aktiviti rawatan. Jumlah perbelanjaan kos dan jenis guna tenaga iaitu secara kontrak atau jabatan juga boleh di masukkan sebagai catitan. Lain-lain aktiviti yang boleh juga dimasukkan ialah mengenai serangan oleh serangga perosak, penyakit dan rawatan. Sekian, terima kasih.

Saudara,

Dikemukakan teks yang dibaiki penggunaan bahasa Melayunya:

Maklumat ini ialah petikan daripada sejarah kompartmen, iaitu mencatatan tahun dan aktiviti bancian dan rawatan yang dijalankan bersama-sama dengan sedikit penerangan mengenai pengeluaran daripada tebangan akhir termasuk spesies, jenis dan keputusan bancian dan aktiviti rawatan. Jumlah perbelanjaan kos dan jenis guna tenaga, iaitu secara kontrak atau jabatan juga boleh dimasukkan sebagai catatan. Aktiviti lain yang boleh juga dimasukkan adalah mengenai serangan  serangga perosak, penyakit dan rawatan. 

Tatabahasa16.07.2009

Kembali ke atas