Apa prosedur menghantar manuskrip ke DBP Caw Sarawak? | 1. Surat iringan 2. Sertakan 1 salinan manuskrip bersih- ada prakata, biodata penulis 2. Sertakan juga softcopy (disket) | Lain-lain | 12.11.2007 |
Bolehkah saya mendapatkan takwim aktiviti DBP cawangan sabah?. Saya salah seorang ahli DBP caw Beaufort. Kenapa tiada lagi aktiviti seperti tahun-tahun sebelumnya. Seperti pertandingan membaca sajak dsb?. | Saudari boleh menghubungi DBP Cawangan Sabah melalui telefon, 088-439260/439314/439315 untuk tujuan tersebut. Terima kasih. | Lain-lain | 27.01.2009 |
Fyruqi Yussof Jul 6th, 9:53am Assalamualaikum Tuan/Puan..saya ingin bertanya adakah jawatan bagi Pegawai tadbir N41 bagi caw Kota Kinabalu telah diisi..?? | Sila hubungi Pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Puan Fairuz Yaacob melalui talian 03-21479341 atau e-mel fairuz@dbp.gov.my. | Lain-lain | 06.07.2015 |
Saya merupakan pensyarah yang mengajar dalam bidang pengkhususan seramik industri. Terdapat banyak buku yang dicetak dalam bahasa inggeris dan susah didapati di pasaran. saya berhasrat ingin menterjemah buku tersebut di dalam bahasa melayu, bagi memudahkan pelajar menjadikan buku tersebut sebagai panduan. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut prosedur untuk menterjemahkan buku. Sasaran jualan buku tersebut adalah untuk pelajar IPTA(UiTM Shah Alam dan caw Perak, Unimas, UMS, UPSI), pelajar dibawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia (ILP, IKM, Kolej Komuniti) dan MRSM. Diharap dengan adanya buku-buku hasil penterjemahan ini, proses penyampaian dan pemahaman kursus akan lebih efisyen. Sekian, terima kasih. | DBP tidak lagi menguruskan projek penterjemahan. Kini projek penterjemahan diuruskan oleh Institut Terjemahan Negara Berhad. | Lain-lain | 01.02.2008 |
kami ingin membuat pengiklanan di parking kompleks, pihak pengurusan berkata kami hendak membuat pemohonan di sini, bagamainakah kami membuat pemohonan ? sekian terima kasih. | 1. Permohonan tempat adalah melalui pihak tertentu yang menguruskan bangunan tersebut dan lesen untuk menaikkan iklan melalui pihak berkuasa tempatan contohnya DBKL. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pula berperanan untuk menyemak teks draf visual iklan yang hendak dipasang dan draf tersebut perlu mendapat kelulusan daripada DBP terlebih dahulu sebelum membuat permohonan lesen daripada PBT. 2. Pengesahan visual iklan tersebut boleh dibuat melalui laman web "dbp sah bahasa" atau hadir ke Kaunter Pengesahan Bahasa DBP Kuala Lumpur, DBP Wilayah Utara, DBP Wilayah Selatan dan DBP Caw. Sabah dan Sarawak 3. Draf visual iklan hendaklah dalam bahasa Melayu dan dibawa bersama-sama untuk tujuan pengesahan. | Lain-lain | 10.07.2019 |