Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; sececah 1. sekejap, sebentar: setelah bertutur-tutur ~, Rijnhaard mohon diri akan pulang; 2. sedikit, secolek: bukan hendak banyak, hanya ~ sahaja; bercecah sedikit-sedikit, berdikit-dikit; mencecah kena (sedikit) pd, menyentuh sedikit, mencolek (sambal, kicap, dll): usap bedak perlahan-lahan menghala ke luar dan ke bawah tetapi tidak ~ garis rambut; ~ bumi menjejak (memijak) bumi; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah prb banyak sama-sama banyak dibahagi, sedikit sama-sama sedikit; mencecahkan mengenakan (menyentuhkan, mencelupkan) sedikit sesuatu pd: tangannya mematahkan goreng pisang dan ~nya ke piring gula; tercecah terkena (tercelup) sedikit, kena sedikit pd: apabila ~ saja kopi panas itu di lidahnya, dirasanya menjadi bertambah panas hingga air matanya kelihatan tergenang-genang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cecah I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Frasa ini dalam BM - entry point

Entry point boleh bermaksud:

a) Titik permulaan atau titik masukan  (komputer, kejuruteraan dan ubat)

b) ketika cecah ((berenang) - Pendidikan Jasmani)

Istilah01.07.2011
apakah terjemahan untuk "touchdown" dalam bidang sukan besbol. terima kasihUntuk makluman tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "touchdown" dalam bidang besbol. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "touchdown" dalam bidang kejuruteraan, dan padanan bahasa Melayunya ialah cecah.Istilah08.03.2013

Kembali ke atas