1)ceiling 2)pembuat ceiling lepa 3)papan gypsum 4)plaster ceiling produk | 1)siling 2)pembuat siling lepa 3)papan gipsum 4)produk siling plaster | Ejaan | 25.01.2011 |
"floor and ceiling effect" dalam bidang penyelidikan pendidikan, apakah istilah yg sesuai? terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "floor and ceiling effect". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kesan menaik dan menurun. | Istilah | 03.12.2013 |
Salam Ramadan dan Selamat berpuasa, Saya ingin memohon bantuan tuan bagi mendapatkan istilah BM yang sesuai bagi frasa "glass ceiling" yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita naik pangkat ke pe peringkat yang tinggi sektor pekerjaan. Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk glass ceiling. | Istilah | 14.08.2011 |
Adakah perkataan 'vault' dan 'dome' mempunyai kata yang sama dalam bahasa melayu iaitu 'kubah'? | Ya, "vault" dan "dome" merujuk kubah. Kamus-Inggeris Dewan mentakrifkan "vault" sebagai arched structure forming a roof or ceiling, kekubah; manakala "dome" sebagai kubah: the stately ~ of the mosque, kubah masjid yg berdiri megah; the blue ~ of the sky, kubah langit yg biru; the ~ of the head, lengkung kepala.
| Makna | 10.07.2014 |
pandanan kata dalam bahasa kebangsaan SKILLED CONSTRUCTION WORKERS 1 Precast Concrete Installer 2 Formwork System Installer 3 Block System Installer 4 Roof Truss Installer /Fabricator 5 Plasterer 6 Tiler 7 Bricklayer 8 Bar Bender 9 Carpenter 10 Concretor 11 Drywall Installer 12 Ceiling Installer 13 Painter 14 Plant Operator 15 Scaffolder 16 Crane Operator 17 Slinger And Rigger 18 Plumber 19 Chargeman 20 Cable Jointer 21 Wireman 22 Welder 23 Petrochemical Fitter 24 Blasting & Painting Specialist 25 Air-Conditioning & Mechanical Ventilation Specialist 26 Soil Investigator ” | Padanan kata dalam bahasa Melayu untuk PEKERJA MAHIR BINAAN ialah: 1. Pemasang Konkrit Pratuang 2. Pemasang Sistem Acuan 3. Pemasang Sistem Blok 4. Pemasang Kekuda Bumbung 5. Tukang Plaster 6. Tukang Jubin 7. Penurap Bata 8. Pelentur Bar 9. Tukang Kayu 10. Pengkonkrit 11. Pemasang Dinding Kering 12. Pemasang Siling 13. Tukang Cat 14. Pengendali Loji 15. Perancah 16. Pengendali Kren 17.Pemasang Anduh dan Rig 18. Tukang Paio 19. Jurujaga atau Penjaga Jentera 20. Penyambung Kabel 21. Pendawai atau Pemasang Dawai 22. Pengimpal atau Tukang Kimpal 23. Pemasang Kelengkapan Petrokimia 24. Pakar Catan dan Semburan 25. Pakar Penyaman Udara dan Pengudaraan Mekanikal 26. Penyiasat Tanah | Istilah | 20.12.2016 |