Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tetap (teguh) hati, tahan menderita, tabah: hatinya makin bertambah-tambah tetap dan ~; mencekalkan; ~ hati menjadikan hati cekal, menabahkan hati; kecekalan ketabahan (keteguhan, ketetapĀ­an) hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekal I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SEMANGAT CEKALSEMANGAT BERKOBAR-KOBARTatabahasa14.12.2010
Pelancong asing itu kagum melihat "kesabaran" wanita Melayu yang masih mengekalkan adat ketimuran walaupun dunia semakin maju. "kesabaran" adalah salah diguna. Apakah perkataan yang sesuai diguna di sini? keteguhan? kecekalan? ... terima kasih.Cekal dan teguh (hati) kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu tabah dan boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut.Tatabahasa12.08.2013
Salam tuan, Mohon diperjelaskan cara menggunakan angka/huruf yang betul bagi pasangan ayat di bawah. 1.Saya membeli dua buah buku untuk bapa. 2.Saya membeli 2 buah buku untuk bapa. 3.Sudah dua kali saya pergi meminang dia. 4.Sudah 2 kali saya pergi meminang dia. 5.Anaknya belajar di kelas tahun 1. 6.Anaknya belajar di kelas Tahun 1. 7.Dia berjalan 3 kilometer setiap hari. 8.Dia berjalan tiga kilometer setiap hari. 9.Emak membeli 6 kilogram baja asli. 10.Emak membeli enam kilogram baja asli.

Huruf 1-9 hendaklah dieja dalam ayat, melainkan huruf tersebut diikuti dengan ukuran tertentu atau singkatan misalnya 1 kg atau 2 km.  Walau bagaimanapun, ukuran tersebut boleh juga ditulis penuh seperti enam kilogram. Bagi kata nama khas, huruf boleh digunakan, contohnya pelajar murid Tahun 1 Cekal.

Tatabahasa18.10.2009

Kembali ke atas