[ce.la] | چلا
Definisi : 1. kekurangan, cacat, cedera: tidak ada cacat ~nya sedikitpun; 2. aib, noda (bkn perbuatan dll); 3. kecaman, kritik: puji dan ~ tidak bercerai; bercela mempunyai cela (cacat dll); mencela mengecam, mengkritik (dgn memburuk-burukkan sahaja), mencaci, mencacat: mengapa kau ~ dia? cela-mencela saling mencela, caci-mencaci; tercela tercacat, dapat (patut) dicela: kelakuannya tidak ~; celaan kecaman, kritikan (yg memburuk-burukkan sahaja), cacian; kecelaan 1. cela, cacat, kecacatan; 2. keaiban: mendatangkan ~ kpd keluarga; berkecelaan bercacat, dapat (patut) dicela; pencelaan perihal (perbuatan dsb) mencela; pencela orang yg mencela, pengkritik (yg suka memburuk-burukkan sahaja), pencaci. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ce.la] | چلا
Definisi : 1 kekurangan atau kerosakan yg terdapat pd sesuatu; cacat; cedera: Tingkah laku gadis itu tiada cacat ~nya. 2 dpt menyebabkan atau mendatangkan malu (ttg perbuatan, kelakuan dsb); aib. 3 = celaan ejekan yg keras; kata-kata yg kesat; kecaman. mencela menyatakan kekurangan atau cela sesuatu; mengecam; mengkritik: Menteri tsb telah ~ perbuatan pemuda-pemuda yg tidak bertanggungjawab itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)