Kamala berasa ...... kerana keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu hadapan. Jawapan: gusar atau celaru | Ayat yang betul ialah, Kamala berasa celaru kerana keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu hadapan. - celaru bermaksud kacau-bilau (fikiran). | Tatabahasa | 03.05.2010 |
Mohon penjelasan perbezaan antara keliru dan celaru. Contoh Kecelaruan Gender Vs Kekeliruan Gender. | Perkataan “keliru” bersinonim dengan “celaru”. “Keliru” merupakan kata kerja tak transitif yang bermaksud salah pengertian tentang sesuatu kenyataan, konsep dan sebagainya, manakala “celaru” merupakan kata adjektif berkenaan fikiran, perasaan, jiwa dan sebagainya yang tidak menentu disebabkan terlalu banyak perkara yang bercampur baur. Berdasarkan contoh yang diberikan, kedua-dua perkataan tersebut telah menerima imbuhan apitan “ke- … -an”. “Kekeliruan” merupakan kata nama yang bermaksud hal atau keadaan keliru, manakala “kecelaruan” bermaksud hal atau keadaan bercelaru. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2015), halaman 407 dan 1025. | Makna | 30.10.2024 |
CSR:Ceramuh Syariah dan Rungkaian | CSR:Celaru,Syariah dan Rungkaian | Istilah | 08.03.2011 |
SAJAK HARI GURU Adakah sajak ini mengikut peraturan seterusnya dipandukan jasa seorang guru kepada murid-murid? Saya bersesuaian dengan balasan munsyi jikalau yang diterima memberi jawapan yang memuaskan. TERIMA KASIH CIKGU (diabadikan kpd semua warga guru) Jasamu setinggi gunung, Baktimu terus disanjung, Khidmatmu semua junjung, Ilmumu agung tak berpenghujung. Sumbanganmu banjaran, Nafasmu ajaran, Lafazmu mantera jaran, Ilmumu tiada ganjaran. Pengorbanan insan guru, Di sinilah ilmu diburu, Guru lama ilmu baru, Tanpamu negara celaru. Tanpamu di manaku? Tiadamu bangsa beku, Tanpamu negara kaku, Kau pereka tingkah laku. Kau melahirkan ilmuwan gagah, Kau menjana ilmiawan penggah, Kau mencanai cendekiawan pegah, Keranamu bangsa megah. Hadirmu bangsa merlip, Bimbingan guru murid kerlip, Tanpamu segalanya selip, Sentuhanmu cukup ghalib. Guruku menabur jasa, Pembentuk anak bangsa, Ilmumu bangsa sasa, Keranamu nusa perkasa. Ilmumu cukup cermat, Segalanya sempurna nikmat, Guru pusaka warisan hikmat, Selamat bertugas selamat berkhidmat. | Pihak kami mencadangkan pihak tuan untuk menghantar sajak ini ke majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Tunas Cipta dan yang seumpamanya. Sajak tuan akan dinilai seterusnya jika memenuhi kriteria yang ditentukan akan diterbitkan dalam salah satu majalah tersebut. | Sastera | 09.07.2018 |