Ayat yang mana tepat ? 1. Masyarakat mula celik akan kepentingannya. ( nya merujuk kepada ayat sebelum ayat ini. 2. Masyarakat mula celik tentang kepentingannya. | lAyat kedua yang gramatis, masyarakat mula menyedari tentang kepentingannya. | Tatabahasa | 13.01.2014 |
Apakah terjemahan kepada Bahasa Malaysia bagi perkataan seperti di bawah: INTERNAL SURVEY FOR FINANCIAL LITERACY BASELINE (FLB) Contoh: A. Kajiselidik dalaman untuk garis dasar celik kewangan B. Kajiselidik dalaman untuk asas celik kewangan tq | Terjemahan yang dicadangkan untuk "Internal Survey for Financial Literacy Baseline (FLB) ialah Kaji Selidik Dalaman untuk Garis Dasar Celik Kewangan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.10.2016 |
ADAKAH PERLU KITA MELETAKKAN TANDA PEMBUKA KATA = ' ' UNTUK NAMA PROGRAM. CONTOHNYA 'PROGRAM CELIK WANG'. ADAKAH PERLU? TERIMA KASIH | Boleh dibubuh tanda petik (" ") bagi nama program, seperti Persatuan Penduduk Taman Keramat akan menganjurkan program "CELIK AL-QURAN" pada minggu hadapan. | Tatabahasa | 09.05.2016 |
Sudah terang lagi bersuluh,ramai orang yang semakin celik komputer pada zaman kemajuan sains dan teknologi ini.ADAKAH AYAT TERSEBUT BETUL ? | Ayat yang diberikan tidak ada kesalahan. Sungguhpun demikian, selepas tanda koma, perlu dijarakkan, iaitu Sudah terang lagi bersuluh, ramai yang semakin celik komputer pada zaman sains dan teknologi ini. | Lain-lain | 13.05.2017 |
salam, saya ingin bertanya tentang apa yang dimaksudkan dengan literasi bahasa melayu. apakah perkara-perkara yang terdapat dalam literasi bahasa. | Literasi bermaksud kebolehan seseorang menulis dan membaca ataupun perkataan lain ialah celik huruf. Maksud umum bagi literasi bahasa Melayu ialah celik bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan penjelasan yang jelas, sila rujuk buku-buku berkenaan atau pusat bahasa di IPTA. | Makna | 26.04.2012 |
makna perkataan..MENYALANG.. | nyalang 1. terbuka (mata), celik; 2. dapat melihat, tidak buta; menyalangkan membukakan (mencelikkan) mata, membelalakkan. | Istilah | 26.12.2006 |
Sejahtera dan selamat pagi! saya ingin mengajukan soalan. Pertama, kenapa saya tak boleh menyumbang khazanah persuratan melayu di "Celik Kata" dalam "Gerbang Kata" DBP? setiap kali saya ingin menyumbangnya maka pada masa itu juga terjadinya ralat. Kedua, adakah bilangan perkataan diterhadkan dlm setiap penyumbangan kata dlm portal "Gerbang Kata" DBP? harapan saya semoga ahli DBP dapat menambahbaikkan sistem portal "Gerbang Kata" DBP. Sekian, terima kasih! | Aduan tuan telah kami salurkan untuk tindakan bahagian berkenaan, iaitu Bahagian Sistem Maklumat untuk tindakan selanjutnya. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung terus dengan bahagian berkenaan melalui pegawainya Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479000 atau e-mel abu@dbp.gov.my. | Lain-lain | 13.02.2017 |
Beza antara perkataan 'melihat' dan 'memandang'. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, melihat bermaksud 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid. Memandang pula ditakrifkan sebagai 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai. | Istilah | 03.12.2009 |
salam. saya ingin tahu apakah perbezaan kerdip dan kerlip? | Menurut Kamus Pelajar, kerdip ditakrifkan sebagai berkerdip sekejap terbuka sekejap tertutup (bkn lampu, mata dll); berkelip. mengerdipkan menjadikan sekejap terbuka dan sekejap tertutup; mengelipkan. kerdipan cahaya yg berkerdip; gerakan kelopak mata utk pejam celik; kelipan. Manakala kerlip ditakrifkan sebagai berkerlip, mengerlip sekejap terbuka sekejap tertutup; berkedip-kedip; berkelip-kelip:Di langit kelihatan bintang ~. sekerlip;~ mata sekejap mata. Berdasarkan takrifan tersbeut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama. | Makna | 19.03.2014 |
1.Aslkm.Tuan, apabila kita menulis teks pengacaraan, mana satukah yang tepat- menulis nama tetamu kemudian jawatannya atau menyebut jawatannya dahulu baru nama tetamu. 2.Apakah makna perkataan road show dalam bahasa malaysia? 3. Apakah maksud perkataan rausyanfikir? 4. Adakah betul cara menulis angka di bawah 10 dengan menggunakan perkataan? terima kasih | 1. Dalam situasi pengacaraan, kami cadangkan saudara mendahulukan jawatan dan diikuti dengan nama. 2. Terjemahan road show ialah jerayawara. 3. Bahasa Parsi yang bermaksud pemikir reformasi celik atau ahlifikir. 4. Kenyataan saudara adalah betul, nombor sepuluh dan ke bawah ditulis dengan perkataan. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.11.2008 |