Salam sejahtera, adakah 'cendawan tumbuh selepas hujan' peribahasa? Pada pengamatan saya, ungkapan ini membawa makna 'muncul dengan banyaknya pada sesuatu ketika'. Maka, saya merasakan bahawa penggunaannya dalam ayat 'Masalah sosial umpama cendawan tumbuh selepas hujan dewasa ini' salah. Pada saya, penggunaannya yang betul ialah 'Pada era teknologi maklumat dan komunikasi ini, kafe siber muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Balasan dan penjelasan tuan/puan amat saya hargai. Sekian. Kay Seven Bukir Mertajam, Pulau Pinang. | Kami bersetuju dengan pandangan tuan. Terima kasih. | Lain-lain | 20.12.2016 |
Salam sejahtera tuan. Peribahasa 'bagai cendawan tumbuh selepas hujan' membawa maksud apa dan biasanya digunakan dalam aspek apa? Bolehkah peribahasa ini digunakan dalam ayat yang berikut ini? - Belakangan ini, kongsi gelap yang terdapat di negara kita boleh dikatakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Maklum balas tuan amat dihargai. | Peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" bermaksud terlalu banyak pada sesuatu masa. Penggunaan peribahasa tersebut dalam ayat adalah betul. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
salam sejahtera tuan, bolehkah penggunaan peribahasa 'bagai cendawan tumbuh selepas huan' digunakan untuk ayat ini : 'Banyak orang berniaga berhampiran dengan stadium tempat perlawanan bola sepak peringkatr daerah diadakan'. | Peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan ‘bermaksud terlalu banyak pada sesuatu masa’. Penggunaan peribahasa dalam ayat ialah Banyak orang berniaga berhampiran dengan stadium tempat perlawanan bola sepak peringkat daerah diadakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. | Makna | 14.09.2014 |
Berkenaan peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" adakah boleh jika ditambah perkataan "melata /merata" di tengah- tengah prb tersebut ? Contoh - bagai cendawan tumbuh melata selepas hujan | Peribahasa ialah warisan daripada generasi terdahulu. Tidak ada tambah tokok dalam pengambilan peribahasa tersebut. | Tatabahasa | 11.10.2014 |
Dalam meranduk gelombang modenisasi pada abad ke-21,dunia menyaksikan iktisad negara membangun bagaikan tenggelam cendawan tumbuh selepas hujan .Negara yang pesat membangun bagaikan tenggelam sama bangsa timbul sama hanyut seiring menjadi blok kapitalis yang lain.Meniti utaian isi,ebanyakan manusia memerlukan banyak maklumat untuk menyiapkan sesuatu perkara atau kerja rumah dalam kehidupan seharian.Jika dilihat dari perspektif lain, wahana Internet boleh membantu kita menyelesaikan masalah yang berkesan dalam lapisan masyarakat di Malaysia.Wahana Internet sewajarnya diamalkan dalam kehidupan seharian.Hal ini dikatakan demikian kerana wahana Internet ialah memberikan pelbagai maklumat yang sihat kepada kita . Saya nak tahu akan ayat semua ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih | Kami tidak dapat memahami kandungan yang ingin disampaikan dalam perenggan. Oleh itu, pembetulan tatabahasa sukar untuk dibuat. Mohon puan membetulkan kandungan atau bahan penulisan terlebih dahulu supaya lebih jelas dan dapat difahami. | Tatabahasa | 28.01.2021 |
Saya ingin bertanya tentang maksud peribahasa “Bagai cendawan selepas hujan" | Bagai cendawan selepas hujan bermaksud sesuatu perkara yang wujud dengan banyaknya dalam waktu singkat. Contohnya :Dalam bulan puasa banyak gerai menjual makanan dibina seperti cendawan tumbuh. | Lain-lain | 06.10.2014 |