saya ada melihat teks pengacara utk satu majlis rasmi kerajaan. terdapat perkataan yang diguna iaitu 'CENDERA KENANGAN'. maksud yang ingin disampaikan ialah cenderamata/cenderahati. Adakah perkataan tersebut boleh digunakan? saya sendiri telah menggunakannya dalam satu majlis memandangkan ia kelihatan menarik. bagaimanapun, apabila saya semak perkataan tersebut di laman ini, ia tiada dalam kamus. | Kata "cendera" itu sahaja bermaksud "lena". Sebab itu timbulnya kata "cenderamata" bermaksud "lena mata". Namun pada suatu ketika muncul kata "cenderahati" untuk menggambarkan sesuatu yang diberi itu lebih ikhlas. Kalau hendak diterjemahkan menjadi "lena hati". Maksudnya apabila kita menerima sesuatu pemberian, hati menjadi suka/tenang dan diterjemahkan dengan "lena" atau "cendera". Ada juga yang menggabungkannya dengan kata "durja" yang bermaksud "wajah". Kalau cendera kenangan. "Lena kenangan". Bagi saya gabungan ini tidak sesuai. Bagaimana dengan saudara? | Istilah | 02.01.2009 |
1.Perbezaan dan makna di antara Cenderahati dengan Cenderamata? 2. Dalam majlis rasmi, mana yang lebih sesuai digunakan bila meibatkan pemberian tanda kenangan kepada tetamu kehormat? 3. Dieja Cendera mata atau cenderamata? Dieja Cendera hati atau cenderahati? | Ejaan yang betul ialah cenderamata- seperti sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda penghargaan. | Ejaan | 03.10.2014 |