Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Central European"? Adakah "Central European" sesuai diterjemah sebagai "Eropah Tengah"? Jika "Central European" dimaksudkan adalah satu bahasa, adakah ia sesuai diterjemahkan sebagai "Bahasa Eropah Tengah"? Mohon pendapat dari pihak DBP. Terima kasih. | Untuk makluman, tiada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "Central European" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan "Central America" yang padanan bahasa Melayunya ialah Amerika Tengah. Oleh itu, "Eropah Tengah" sesuai digunakan dalam konteks yang diberikan. | Istilah | 09.12.2013 |
Mohd Irfan Sep 2nd, 12:26pm IKLAN DI HADAPAN CENTRAL MARKET CENTRAL MARKET TULISAN CINA SINCE 1888 mohon DBP ambil tindakan dan war2 kan apakah tindakan DBP tersebut sangat sakit hati melihat ini berlaku di Ibu Negara Malaysia | Terima kasih atas aduan pihak tuan. Pihak kami telah menghantar surat teguran kepada DBKL dan DBKL maklum akan aduan tersebut dan akan mengambil tindakan secepat mungkin. Terima kasih. | Lain-lain | 02.09.2015 |
Adakah tepat jika 'Central Spine Road' diterjemahkan sebagai Jalan Lingkaran Tengah? | Untuk makluman tuan, belum ada padanan bahasa Melayu yang rasmi untuk Central Spine Road. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan bagi Central Spine Road ialah Lebuh Raya Utama Tengah. Jalan Llingkaran Tengah ialah cadangan padanan bahasa Melayu untuk Middle Ring Road. | Istilah | 11.02.2014 |
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "Central Spine Road / Expressway"? Adakah "Jalan / Lebuh Raya Tulang Belakang Tengah"? | Padanan bahasa Melayu bagi Central Spine Road ialah Lebuh Raya Utama Tengah dan Expressway ialah Lebuh Raya. | Makna | 25.10.2010 |
pihak Kementerian kami mohon menukar perkataan Central Forest Spine (CFS) ke bahasa melayu bagi laporan kajian kami | Sekiranya bersesuaian dengan konsep tuan, kami mencadangkan perkataan Central Forest Spine diterjemahkan kepada "Hutan Tengah Utama". | Penyemakan dan penterjemahan | 23.09.2022 |
Salam. Bolehkah jika frasa "Maxillary central incisor" (istilah pergigian/perubatan) diterjemahkan kepada "Gigi kacip tengah rahang atas" berbanding "Insisor tengah maksila"? | Dalam pangkalan istilah DBP, istilah bahasa Melayu untuk "central incisor" ialah insisor tengah dan padanan bahasa Melayu untuk "maxillary" ialah maksila. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah incisor tengah maksila. | Istilah | 11.08.2014 |
Apakah nama dalam bahasa Melayu bagi negara "Central African Republic"? Adakah ianya "Republik Afrika Tengah" atau "Republik Tengah Afrika"? Daftar ini tiada dalam kamus online PRPM. | Padanan “Central African Republic” dalam bahasa Melayu ialah Republik Afrika Tengah. | Istilah | 10.01.2019 |
Pihak kementerian mohon menukar penggunaan CENTRAL FOREST SPINE (CFS) ke bahasa melayu. kami mohon pihak DBP untuk memberi cadangan yg sesuai bagi penggunaan bahasa di dlm laporan kajian kami. | Sekiranya bersesuaian dengan konsep tuan, kami mencadangkan perkataan Central Forest Spine diterjemahkan kepada "Hutan Tengah Utama". | Penyemakan dan penterjemahan | 23.09.2022 |
RALAT : pihak kementerian mohon mengenalpasti penggunaan CENTRAL FOREST SPINE (CFS) di dalam bahasa melayu. kami mohon pihak DBP untuk memberi cadangan yg sesuai bagi penggunaan bahasa di dlm laporan kajian kami ini. | Sekiranya bersesuaian dengan konsep tuan, kami mencadangkan perkataan Central Forest Spine diterjemahkan kepada "Hutan Tengah Utama". | Penyemakan dan penterjemahan | 23.09.2022 |
Salam Sejahtera. Saya memerlukan khidmat nasihat berkenaan alihan bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu bagi frasa 'Central Serous Chorioretinopathy'. Saya ada menemui pada laman web Pusat Mata Kebangsaan Singapura bahawa frasa ini diterjemahkan kepada 'Korioretinopati Serosa Sentralis'. Rujuk: https://www.snec.com.sg/about/international/menuutama/kondisimataandperawatan/common-problems/Pages/Central-Serous-Chorioretinopathy.aspx Adakah terjemahan ini sesuai dalam bahasa Melayu? Terima kasih. | Tiada maklumat tentang perkataan berkenaan dalam pangkalan data kami. Kami telah mengemukakan pertanyaan ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP. Kami akan menghubungi tuan melalui e-mel yang didaftarkan setelah mendapat maklumat berkenaan. | Lain-lain | 26.04.2018 |