Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. place in the middle, meletakkan [sst] di tengah(-tengah): to ~ the vase on the table, meletakkan jambangan bunga di tengah-tengah meja; 2. bring to the middle, mengetengahkan, /menghantar, membawa/ [sst] ke tengah: the defender ~d the ball, pemain barisan pertahanan itu menghantar bola ke tengah (padang); 3. focus, menumpukan, memusatkan: to ~ our hopes on him, menumpukan harapan kita padanya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi tertumpu, terpusat: the discussion ~ed on the trial, perbincangan tertumpu pd perbicaraan itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : shopping ~, pusat membeli-belah; commercial ~, pusat perdagangan; distribution ~, pusat edaran; research ~, pusat penyelidikan; 4. focus, tumpuan: her son was the ~ of all her hopes, anak lelakinya merupakan tumpuan segala harapannya; ~ of attraction, tumpuan perhatian; 5. (mil) pasukan tengah; 6. (polit) golongan tengah; 7. (in games) penyerang tengah; ~ fielder, pemadang tengah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. the middle part, bahagian tengah: the depressed ~ of the crater, bahagian tengah kawah gunung berapi yg lekuk; in the ~, a. at a point or position in the middle, di tengah-tengah; b. in the middle part or area, di bahagian tengah; 2. (math & science) pusat: ~ of a circle, pusat bulatan; ~ of oscillation, pusat ayunan; 3. principal point of some activity, pusat: (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata centre


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sime Darby Auto Performance dengan bangganya mengalu-alukan kedatangan anda ke Porsche Centre 3S yang terbesar di Malaysia. Lokasi strategik yang terletak berhampiran dengan pusat perdagangan Kuala Lumpur, Porsche Centre Sungai Besi terbaru mudah dihubungi melalui rangkaian lebuhraya utama. Bangunan ikonik ini tersergam megah di pusat Kuala Lumpur, dilengkapi dengan peralatan yang terkini, kemewahan Porsche Centre Sungai Besi jelas mencerminkan gaya Porsche. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mengalukan anda dipersonakan di dalam dunia Porsche. Kunjungi kami hari ini untuk mengalami 911 Targa 4S dan rangkaian Cayenne baharu di Porsche Centre Sungai Besi.Sime Darby Auto Performance dengan bangganya mengalu-alukan kedatangan anda ke Porsche Centre 3S yang terbesar di Malaysia. Lokasi strategik yang terletak berhampiran dengan pusat perdagangan Kuala Lumpur. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mudah dihubungi melalui rangkaian lebuh raya utama. Bangunan ikonik ini tersergam megah di bnandar raya Kuala Lumpur dan dilengkapi dengan peralatan yang terkini. Kemewahan Porsche Centre Sungai Besi jelas mencerminkan gaya Porsche. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mengalu-alukan kedatangan anda ke dunia Porsche. Kunjungi kami hari ini untuk mengalami 911 Targa 4S dan rangkaian Cayenne baharu di Porsche Centre Sungai Besi.Tatabahasa01.06.2015
1. Apakah 'outbound' contact centre di dalam Bahasa Malaysia? 2. Apakah 'inbound' contact centre di dalam Bahasa Malaysia? Tiada perkataan tersebut di dalm kamus istilah dalam talian. Terima kasih.Cadangan bahasa Melayu bagi outbound dan inbound contact centre ialah pusat hubungan luar kota dan pusat hubungan di kota.Istilah08.05.2008
Penggunaan nama DAGING CENTRE sebagai nama perniagaan. Mohon petunjuk dari tuan kesalahan gabungan dua perkataan tersebut. untuk makluman tuan, permohonan nama perniagaan DAGING CENTRE ditolak atas alasan percampuran bahasa melayu dang inggeris. Pencampuran bahasa bagi tujuan nama kha, i.e. nama perniagaan sepatutnya tidak menjadi kesalahan. Mohon tuan membantu saya bagi menerangkan kepada SSM tentang perkara ini. Sekian, Terima Kasih Yang Benar Mohd Maliki

Tindakan pihak SSM yang tidak meluluskan penggunaan nama Daging Centre adalah betul kerana wujudnya percampuran bahasa Melayu dan Inggeris dalam menamai syarikat tuan. Penamaan Daging Centre juga tidak mencerminkan citra dan jati diri bangsa Malaysia. Undang-undang kecil/akta yang termaktub juga menegaskan supaya penggunaan bahasa Melayu diutamakan, rujuk Seksyen 22, Akta Syarikat 1965 dan Warta Kerajaan Persekutuan, Bil. 4180, Akta Syarikat 1965 (AKTA 125). Tuan juga boleh merujuk buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan yang diterbitkan oleh DBP untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa02.12.2009
Chalet Production CentreSalam Sejahtera,

Mohon tuan/puan kemukakan soalan dalam bahasa Melayu dengan jelas.

Sekian, terima kasih.

Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.
Lain-lain17.03.2020
YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE RAWATAN, PERUBATAN, KURSUS DAN CERAMAH RAWATAN ALTERNATIF, PENAWAR HOMEOPATI, BEKAM, AKUPUNTUR, TERAPI HIPNOSIS, RAWATAN REGANGAN TULANG PINGGUL DAN TULANG BELAKANG.Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama, tuan/puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain13.05.2015
One Stop CentrePusat SehentianIstilah13.08.2008
Apakah perkataan yang paling sesuai dalam bahasa melayu untuk diletakkan dalam papan tanda syarikat seperti berikut:- "Pejabat Urusan dan Pump Service Centre".. Apakah perkataan yang paling sesuai bagi maksud Pump Service Centre.Cadangan kami bagi PUMP SERVICE CENTRE ialah PUSAT SERVIS PAM.Penyemakan dan penterjemahan19.11.2014
Apakah padanan bagi "fire command centre"?Kami mencadangkan istilah "fire command centre" diterjemahkan sebagai "pusat operasi kebakaran". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah06.04.2022
Assalamualaikum, Pertanyaan, 1. Al-Quran Learning Centre atau 2. Quranic Learning Centre Istilah mana yang tepat untuk digunakan sebagai signboard pengajian?Bahasa Melayu perlu diutamakan sebagai keterangan utama visual papan tanda iklan. Berdasarkan pertanyaan di atas, padanan yang sesuai ialah Pusat Pengajian al-Quran.Lain-lain25.08.2020
Boleh saya tahu, terjemahan dari perkataan "help centre" ke bahasa melayu. Terima kasihHelp centre boleh diterjemahkan kepada Pusat Bantuan atau Pusat Khidmat.Penyemakan dan penterjemahan24.06.2016
123456

Kembali ke atas