Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata centuries


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
centuries=abad-abad, spiders=?Spider diterjemahkan kepada labah-labah (dalam bentuk tunggal). Dalam bentuk jamak tuan boleh menggunakan perkataan yang membawa maksud jamak seperti bilangan, lima ekor labah-labah atau beberapa ekor labah-labah.Penyemakan dan penterjemahan28.10.2014
Mohon khidmad nasihat untuk terjemahan perkataan 'Pendakwah' atau 'Mubaligh' khususnya kepada pendakwah atau mubaligh Muslim ke dalam Bahasa Inggeris. Contoh ayat seperti berikut:- Menurut cerita lisan tradisi, berabad-abad dahulu, para mubaligh belayar ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebarkan agama Islam. According to traditional oral stories, centuries ago, missionaries sailed throughout the Malay archipelago to spread Islam. Adakah terjemahan perkataaan yang paling sesuai untuk ayat di atas. Cadangan : Muslim Preacher / Missionaries / Scholar Kerjasama dan khidmad nasihat dari pihak DBP amatlah di harapkan. Terima kasih

Perkataan Missionaries telah digunakan secara meluas untuk merujuk kepada penyebar agama. Cadangan kami supaya dimasukkan teks “muslim” atau “Islam” di hadapan perkataan Missionaries.

Istilah18.03.2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada tuan/puan pentadbir Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya hendak mohon bantuan daripada tuan/puan pentadbir untuk memberi cadangan terjemahan bagi ayat berikut kepada Bahasa Melayu yang betul dan tepat: "Under Schiff’s leadership Kuhn Loeb grew to be one of the most influential investment banks in the late nineteenth and early twentieth centuries, financing America’s expanding railways and growth companies, including Western Union and Westinghouse, and thereby becoming the principal rival of J.P. Morgan & Co."

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan08.06.2020

Kembali ke atas