Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.rai] | چراي

Definisi : 1. pisah, sarak; 2. tidak sbg suami isteri lagi, sudah putus perhubungan sbg suami isteri, talak: ia tidak dapat berbuat apa-apa selain meminta ~ dan menyuruh suaminya mengahwini gadis itu; ~ susu sudah berhenti menetek; ~ taklik cerai antara suami isteri dgn janji (spt gugurnya talak dgn sendiri kalau di darat enam bulan, ke laut setahun, berita tidak kedengaran); ~ tembilang cerai antara suami isteri kerana salah seorang meninggal; bercerai 1. tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah: malam ini kita berkampung, malam esok kita ~; 2. terputus hubungan atau pertalian sbg suami isteri: mereka yg menjalani perkahwinan yg dipaksa-paksa spt itu, ~ juga akhirnya; ~ susu berhenti menetek; ~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi prb perhu­bungan jenis lelaki perempuan yg tidak sah (spt pelacuran dll); bercerai-cerai, bercerai-ceraian berpecah-­pecah, berpisah-pisah; menceraikan 1. = memperceraikan a) men­jadikan tidak bercantum (bersatu, berhubung­an) lagi: jiwa paman akan beta ceraikan dgn badan paman; baiklah kepalaku perceraikan dgn badanku; b) meleraikan (orang berga­duh, bertumbuk, dll); 2. memutuskan perhu­bungan sbg suami isteri, menggugurkan (men­jatuhkan) talak: Dollah kena acum, sebab itulah dia ~ isterinya; 3. memberhentikan (anak drpd menetek), menyapih, menyarak; mencerai-ceraikan menjadikan atau menye­babkan bercerai-cerai, memisah-misahkan: gunakan dua garpu utk ~ daging yg telah direbus; tercerai terpisah, tidak terkumpul, terasing: bahan-bahan utk penyelidikan itu ~-cerai di sana sini; ceraian 1. bahagian atau fasal kecil (dlm undang-undang, penyata, surat perjanjian, dll); 2. bahagian drpd tulisan (cetakan dll) yg nampak tercerai drpd bahagian lain, perenggan; perceraian 1. perpisahan, perpecahan; 2.perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); penceraian perihal (perbuatan) menceraikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.rai] | چراي

Definisi : 1 tidak bersatu; tidak melekat. 2 sudah putus hubungan sbg suami isteri; tidak sbg suami isteri lagi; talak: minta ~ minta supaya suami menjatuhkan talak kpdnya (ttg isteri). ~ taklik cerai yg berlaku antara suami dgn isteri kerana janji atau syarat. ~ tembilang cerai kerana salah seorang pasangan suami isteri itu meninggal. bercerai tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2 putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. ~ susu berhenti menyusu; tidak lagi menyusu (ttg anak yg menyusu pd ibu). menceraikan 1 membuat supaya tidak berhubungan (bercampur, bersatu) lagi; memisahkan: Dia telah ~ lampiran A drpd karangan itu. 2 meleraikan orang berkelahi dsb. 3 memutuskan hubung­an sbg suami isteri; menjatuhkan talak: Oleh sebab perkara yg kecil saja, ia telah ~ isterinya. ceraian bahagian atau fasal kecil dlm undang-undang (surat perjanjian dll). perceraian 1 hal tidak berhubungan lagi; perpisahan; perpecahan. 2 hal bercerai (antara suami isteri). penceraian perbuatan atau hal menceraikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerai

Puisi
 

Serai ini bukan serai kayu,
     Serai bernama penyakit kulit;
Cerai ini bukan cerai lalu,
     Cerai bernama berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Berpaut tidak bertali.

Bermaksud :

Belum putus perkaranya; belum diberi surat cerai (tentang perempuan yang minta cerai).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mohon penjelasan penuh dari segi tatabahasa malaysia (cth; kata kerja, kata bilangan dan sebaginya); ayat berbunyi: (abang ceraikan kakak kamu, cerai,cerai,cerai)1. Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama: i. kata kerja transitif ii. kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Cth. Murid sedang membaca buku; saya telah menjawab soalan sdr. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan. iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Cth. kata kerja tak transitif tanpa pelengkap: semua orang pulang.; adik saya masih tidur. Cth. kata kerja berpelengkap: keadaan bapanya beransur baik.; mereka tinggal di Kampung Paya. Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan Edisi, terbitan DBP.
2.Kata bilangan boleh dibahagikan kpd. dua, iaitu kata bilangan kardinal (menyatakan jumlah secara keseluruhan, cth: dua, tiga puluh, empat puluh sembilan) dan kata bilangan ordinal (ditulis dgn. angka, cth: 2, 30, 49). Untuk makluman, kata ordinal kesatu boleh bertukar ganti dengan pertama yang merupakan pinjaman bahasa Sanskrit. 2. Kata kerja transitif - kata kerja yg. mengandungi objek yg. terdiri drpd. frasa nama utk melengkapkan maksudnya. Cth: menendang bola, menaiki bas). Kata kerja tak transitif - kata kerja yg. tak memerlukan penyambut/objek sesudahnya. Kata kerja jenis ini boleh dibahagikan kpd. dua subgolongan, iaitu: i) Kata kerja tak transitif berpelengkap (cth: Mereka tinggal di kampung, dia menjadi guru) ii) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap (cth: padi sedang menguning, pemuda itu tersenyum). Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, hal. 140- 145.
Tatabahasa25.04.2012
apakah perbezaan dari segi makna bagi janda dan balu kerana dari segi takrifan janda bermaksud wanita yg tidak bersuami cerai hidup mahupun mati. Bilakah keaadaan yang patut digunakan perkataan janda atau balu?perbezaannya jelas, wanita yang tidak bersuami lagi sama ada disebabkan perceraian atau kematian disebut janda, manakala balu khusus kepada wanita yang kematian suami. Maka perkataan janda digunakan secara umum.Makna09.07.2012
adakah perkataan 'talaq' perlu dicondongkan (italic)? jika perlu, mengapa dan jika tidak perlu, mengapa?Dalam pangkalan data kami, tiada perkataan talaq tetapi terdapat perkataan talak. Talak bermaksud pelepasan ikatan nikah dengan ucapan talak, cerai oleh suami. Tuan digalakkan menggunakan ejaan bahasa Melayu yang betul dan tidak perlu dicondongkan ejaan.Ejaan31.10.2013
Salam tuan di talian, Saya ingin mengetahui apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan Loose Sheet untuk buku yang diterbitkan dalam bentuk lembaran? Bolehkah diterjemahkan sebagai Lembaran Kerja. Semoga mendapat jawapan dengan kadar segera daripada tuan. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk loose sheet dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah loose document (dokumen curai), loose-leaf binding (jilidan cerai), loose leaf edition (edisi helai cerai) dan loose-leaf catalogue (katalog helai cerai). Istilah untuk sheet pula ialah lapisan, helaian, kepingan dan lembaran. Padanan istilah yang dicadangkan ialah lembaran curai.Istilah08.09.2011
Adakah perkataan kaya-raya merupakan kata ganda semu? Dalam sistem prpm menunjukkan dua bentuk ejaan kaya raya sekali: -kaya-raya -kaya raya (tanpa tanda sengkang) Yang manakah ejaan yang betul?Ejaan yang betul ialah kaya-raya dan perkataan ini termasuk dalam kata ganda berentak sama seperti cerai-berai dan gotong-royong.Tatabahasa29.05.2012
Selamat pagi. Apakah contoh ayat yang boleh membezakan makna antara perkataan 'perceraian' dengan 'penceraian'?.Terima kasih.Perceraian bermaksud perpisahan atau perihal bercerai, contohnya perceraian pasangan tersebut berlaku kerana tiada lagi persefahaman antara mereka. Penceraian bermaksud perbuatan menceraikan, contohnya penceraian berlaku apabila suami menjatuhkan talak kepada isterinya dan bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis. Dalam konteks cerai (talak) agak sukar juga untuk membezakan penggunaan perkataan perceraian dan penceraian. Berdasarkan rujukan kami apabila membicarakan konteks makna cerai (talak) perkataan perceraian lebih banyak digunakan. Manakala perkataan penceraian banyak digunakan bagi menggantikan makna pemisahan daripada satu unsur dengan unsur yang lain seperti dalam ayat contoh ketiga.Tatabahasa15.05.2013
saya nak tanya pasal suami.kami dah pisah selama 2tahun dan anak kami dia yg jaga.saya ada aduan mengenai suami saya.dia tak nak bagi saya jumba anak saya dan ada sekali saya nak jumba anak saya dia datang untuk memukul saya,sbb takut saya tak jumba anak saya..kalau saya jumba pun saya pergi ke sekolah mereka.saya belum cerai dgn suami saya tapi kami berpisah selama dua tahun.masalahnya dua hari lepas dia memukul anak saya sampai mukanya cedera...saya minta dia,yang saya nak jaga anak,dia tak nak bagi.saya skg kerja kat kuala lumpur dan saya tak tahu macam mane nak tangani masalah ini.. dan saya skg dah memeluk islam dgn suka hati..keluaga saya tak tahu mengenai memeluk islam.bolehkah saya ambil hak jaga anak saya?dan bagai mana?saya dah memeluk islam bagaimana nak cerai dgn suami saya??saya confuse tak tahu cara macam mane nak tangani masalah ini!!!tolong saya!!!

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya memberi jawapan kepada soalan yang berkenaan dengan Bahasa, Sastera, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja.  Soalah puan berkenaan rumah tangga, tidak ada kena mengena dengan pihak DBP, jadi kami tidak dapat melayani pertanyaan puan.  Saya sarankan puan mengadu ke pejabat agama tempat tuan memeluk Islam, atau ke pejabat PERKIM, saya pasti mereka akan membantu.  Berkenaan anak puan yang dipukul oleh suami, jika ternyata benar, dan puan mempunyai bukti, puan boleh membuat pengaduan ke balai polis terdekat supaya anak puan boleh dilindungi.  Berkenaan keluarga puan yang tidak mengetahui tentang keadaan puan yang telah memeluk Islam mungkin boleh juga puan bincangkan dengan pejabat agama.  Mungkin pejabat agama juga boleh memberi bantuan dari segi bantuan guaman untuk membantu puan dalam menangani masalah penjagaan anak.

Saya bagi pihak DBP berharap puan dapat menyelesaikan masalah puan dengan baik, kerana sememangnya masalah puan tidak dapat kami tangani kerana di luar bidang kuasa kami.

Lain-lain01.08.2009
berdasarkan jawapan tuan tempohari, Bolehkah saya merumuskan bahawa hanya kata ganda penuh sahaja yang mempunyai tanda sempang. Manakala kata ganda bebas tidak mempunyai tanda sempang.Rumus yang betul ialah kata ganda yang tidak mempunyai tanda sempang  ialah apabila kedua-dua perkataan (dalam kata ganda) mempunyai maknanya sendiri apabila tidak digandakan seperti sampah sarap, sampah bermaksud benda yang dibuang dan sarap bermaksud pelbagai jenis sampah. Kata ganda bebas masih mempunyai tanda sempang seperti cerai-berai dan ulang-alik.Tatabahasa29.02.2012
definisi kata nama ganda, kata adjektif ganda, kata kerja ganda.perbezaan ketiga-tiga jenis kata gandaProses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, separa dan berentak. Kata adjektif ganda, kata nama ganda  dan kata kerja ganda dalam penggandaan separa, iaitu proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh : Kata kerja = berlari-lari, berkata-kata; kata nama ganda = sayur-sayuran, orang-orangan; kata adjektif ganda = sepandai-pandai, sebaik-baik. Manakala dalam penggandaan berentak pula, contohnya : kata nama ganda = kuih-muih, batu-batan, anak-pinak; kata kerja ganda = cerai-berai, dolak-dalik, ulang-alik; kata adjektif ganda = hiruk-pikuk, gelap-gelita, lintang-pukang.Makna12.02.2008
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan)Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama.Makna17.02.2010

Kembali ke atas