Perkataan "untuk" dan "dan" dalam ayat tajuk. 1. Ceramah Awam untuk Penghuni Perumahan dan Kedai atau 2. Ceramah Awam Untuk Penghuni Perumahan Dan Kedai Mana yang betul. Terima kasih | Ayat yang betul ialah 1. Ceramah Awam untuk Penghuni Perumahan dan Kedai. Kata "untuk" ialah kata sendi nama dan "dan" ialah kata hubung. Oleh itu, kedua-duanya mesti ditulis bermula dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 03.05.2013 |
Dalam penulisan rasmi Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini. Ayat di atas ialah ayat songsang. Sekiranya ditukar dalam bentuk ayat aktif akan menjadi begini Saya memaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini sukacita. Kalau pasif. "Dimaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini sukacita. Soalan saya, menurut jawapan yang diberi oleh DBP bertarikh 16.06.2009, penanda makluman yang tepat ialah "sukacita dimaklumkan bahawa" dan bukannya "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa". Daripada contoh yang saya berikan di atas, kalau ayat songsang itu dijadikan ayat biasa kedengaran salah, iaitu: Saya memaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini sukacita. Sepatutnya, "Saya memaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini dengan sukacitanya". | Kami bersetuju dengan cadangan tuan, ayat yang betul ialah "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini". Frasa "dengan sukacitanya" ialah bahagian keterangan yang disongsangkan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 10.10.2018 |
Hani Haizan Sep 22nd, 4:05pm Salam, tumpang bertanye ye..saya Hani bertanya bagi pihak Puan Rozita ia itu pengasas Sendayu Tinggi dan Product Jamu Ratu Malaya, saya ingin buat program wanita di Dewan Bahasa Dan Pustaka, program tu seperti seminar kesihatan, demo make up, demo pakai tudung..Puan Rozita Ibrahim sendiri akan turun ke sana utk memberikan ceramah, ceramah ini akan berlangsung selama 2 1/2 jam..mungkin boleh di selitkan pada hari jumaat semasa lunch hour atau bila-bila masa yg free .dengan siapa saya harus ber komunikasi? jika tidak keberatan boleh saya dapatkan no hp beliau..ni hp saya..boleh direct wat sap saya ye 016-6655435.Terima Kasih | Berkaitan dengan perkara ini, puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . Selain itu, puan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 22.09.2014 |
Tuan di talian, Ayat manakah yang betul bagi ayat contoh di bawah. 1. Murid-murid tekun mendengar ceramah motivasi itu. atau 2. Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun. | Ayat yang gramatis ialah Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun. | Tatabahasa | 07.06.2012 |
Ceramah ini diadakan pada 12 April 2020 iaitu pada hari Ahad atau Ceramah ini diadakan pada 12 April 2020 iaitu hari Ahad. Yang manakah ayat yang betul? Terima kasih. | Salam sejahtera, Menurut rekod data kami kedua-dua penggunaan ayat betul. | Tatabahasa | 18.04.2020 |
contoh ayat : suatu pameran dan ceramah antidadah telah _____ oleh Persatuan Penduduk Flat Damai. Mana satu jawapan yang betul : (a)diadakan (b) dianjurkan Apakah perbezaannya? | Suatu pameran dan ceramah antidadah telah ____dianjurkan_ oleh Persatuan Penduduk Flat Damai. Perkatan yang lebih tepat ialah dianjurkan. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih gramatis ialah " Suatu pameran dan ceramah antidadah telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Flat Damai dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan. Diadakan bermaksud dijadikan ada manakala dianjurkan bermaksud mengemukakan sesuatu.
| Tatabahasa | 31.05.2013 |
Encik, nak tanya untuk ayat ini adakah penggunaannya betul? "Ceramah itu diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad." | Penggunaan ayat yang lebih gramatis adalah seperti berikut: 1. Ceramah itu akan diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad. (atau) 2. Ceramah itu telah diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad. | Tatabahasa | 05.04.2020 |
Kedua-dua orang anak Mak Minah amat ceramah mulut mereka. Adakah penggunaan "ceramah" dalam ayat di atas betul?? | Ayat tersebut salah. Ayat yang betul: Kedua-dua orang anak Mak Minah amat peramah. | Lain-lain | 08.09.2014 |
Berikan jawapan yang betul & berikan sebab... 1. Semua murid menumpukan perhatian _________ ceramah yang disampaikan. A. terhadap B. dengan C. tentang D. untuk | 1. Semua murid menumpukan perhatian ____tentang_____ ceramah yang disampaikan. tentang- digunakan sebagai unsur yang membawa rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. ceramah - unsur mujarad yang dibicarakan. terhadap- digunakan unsur yang membawa rujkan yang melibatkan penyambut terterntu, sama ada manusia, haiwan atau benda. | Tatabahasa | 13.09.2012 |
Tuan/Puan, bagaimana menggunakan tanda petikan dengan satu koma ' '? dia menamatkan 'ceramah' itu atau dia menamatkan "ceramah" itu | Tanda petik tunggal lazimnya digunakan dalam ayat yang sudah diapit tanda petik seperti "Saya sudah mula membuat program hujung minggu 'Motivasi Diri'." | Ejaan | 22.03.2012 |