Perkataan "untuk" dan "dan" dalam ayat tajuk. 1. Ceramah Awam untuk Penghuni Perumahan dan Kedai atau 2. Ceramah Awam Untuk Penghuni Perumahan Dan Kedai Mana yang betul. Terima kasih | Ayat yang betul ialah 1. Ceramah Awam untuk Penghuni Perumahan dan Kedai. Kata "untuk" ialah kata sendi nama dan "dan" ialah kata hubung. Oleh itu, kedua-duanya mesti ditulis bermula dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 03.05.2013 |
Encik, nak tanya untuk ayat ini adakah penggunaannya betul? "Ceramah itu diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad." | Penggunaan ayat yang lebih gramatis adalah seperti berikut: 1. Ceramah itu akan diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad. (atau) 2. Ceramah itu telah diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad. | Tatabahasa | 05.04.2020 |
Tuan di talian, Ayat manakah yang betul bagi ayat contoh di bawah. 1. Murid-murid tekun mendengar ceramah motivasi itu. atau 2. Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun. | Ayat yang gramatis ialah Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun. | Tatabahasa | 07.06.2012 |
Berikan jawapan yang betul & berikan sebab... 1. Semua murid menumpukan perhatian _________ ceramah yang disampaikan. A. terhadap B. dengan C. tentang D. untuk | 1. Semua murid menumpukan perhatian ____tentang_____ ceramah yang disampaikan. tentang- digunakan sebagai unsur yang membawa rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. ceramah - unsur mujarad yang dibicarakan. terhadap- digunakan unsur yang membawa rujkan yang melibatkan penyambut terterntu, sama ada manusia, haiwan atau benda. | Tatabahasa | 13.09.2012 |
1. Apakah maksud perucapan awam dan perbezaannya dengan ceramah? 2. Antara" tip-tip" dan "tips" yang mana satu betul untuk digunakan? | Encik Mohamad Noor, Untuk makluman saudara, ceramah, syarahan, pembentangan kertas kerja, taklimat, kuliah dan sebagainya merupakan bentuk pengucapan awam. Oleh yang demikian tidak ada perbezaan antara kedua-dua ini. Bagi soalan kedua, perkataan yang betul ialah "panduan" bukan "tip-tip" atau "tips". | Lain-lain | 06.02.2010 |
Hani Haizan Sep 22nd, 4:05pm Salam, tumpang bertanye ye..saya Hani bertanya bagi pihak Puan Rozita ia itu pengasas Sendayu Tinggi dan Product Jamu Ratu Malaya, saya ingin buat program wanita di Dewan Bahasa Dan Pustaka, program tu seperti seminar kesihatan, demo make up, demo pakai tudung..Puan Rozita Ibrahim sendiri akan turun ke sana utk memberikan ceramah, ceramah ini akan berlangsung selama 2 1/2 jam..mungkin boleh di selitkan pada hari jumaat semasa lunch hour atau bila-bila masa yg free .dengan siapa saya harus ber komunikasi? jika tidak keberatan boleh saya dapatkan no hp beliau..ni hp saya..boleh direct wat sap saya ye 016-6655435.Terima Kasih | Berkaitan dengan perkara ini, puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . Selain itu, puan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 22.09.2014 |
Apakah maksud bersesuaian bagi "plenary and keynote speakers" | Berdasarkan carian, maksud dapatan kami: 1. Plenary speakers bermaksud seseorang atau tokoh yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang memberikan ceramah/ucapan berkenaan bidang tersebut. 2. Keynote speakers bermaksud seseorang yang memberikan ceramah/ucapan berdasarkan topik utama perbincangan | Penyemakan dan penterjemahan | 07.01.2019 |
Salam.. Bagaimanakah cara penggunaan perkataan pada penerangan yang diletakkan di setiap gambar di dalam buku laporan tahunan jabatan?Adakah setiap perkatan di letakkan huruf besar atau permulaan ayat sahaja atau kedua-duanya blh digunakan.. contoh : Gambar 1 : Kakitangan Yang Hadir Di Majlis Ceramah Agama Bertempat Di Auditorium Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka. atau Gambar 1 : Kakitangan yang hadir di Majlis Ceramah Agama bertempat di Auditorium Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka. yang mana satukah harus d gunakan bagi penerangan gambar yang akan diletakkan? | Lazimnya huruf pertama sahaja ditulis dengan huruf besar, kecuali ada nama khas dalam keterangan gambar tersebut, seperti "Kakitangan yang hadir di Majlis Ceramah Agama bertempat di Auditorium Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka". | Ejaan | 04.10.2011 |
1. Assalamualaikum Encik/Puan. Boleh terangkan tatacara penggunaan huruf besar untuk perkataan 'pangkalan' dan 'armada' untuk ayat dalam contoh berikut. 2. Contoh " Kapal seterusnya terlibat dengan beberapa ceramah dan latihan yang dianjurkan oleh pangkalan dan armada". 3. Adakah perlu ditulis dalam huruf besar atau kecil? | Wassalam, Perkataan tersebut merupakan kata nama am dan perlu ditulis dengan huruf kecil. | Ejaan | 02.02.2018 |
Apakah kesalahan yang terdapat pada ayat di bawah?Mohon penjelasan daripada pihak tuan. 1) Atur cara majlis itu telah berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah. 2) Murid-murid menumpukan perhatian tentang ceramah yang disampaikan. 3) Karnival Bahasa itu akan diadakan pada 25 sehingga 28 Mei 2013. 4) Perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Malaysia dan pasukan Chelsea akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Adakah perkataan memukuli dalam ayat di bawah sesuai digunakan?Mengapa? 1) Dia memukuli anjing yang cuba menerkamnya itu dengan sebatang besi. | 1) Majlis itu telah berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah. 2) Murid-murid menumpukan perhatian tentang ceramah yang disampaikan. 3) Karnival Bahasa itu telah diadakan pada 25 sehingga 28 Mei 2013. 4) Perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Malaysia dengan pasukan Chelsea akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. 5) Dia memukul anjing yang cuba menerkamnya itu dengan sebatang besi. Ayat pertama telah dibuang perkataan atur cara dan ayat kedua betul. Sila rujuk Kamus untuk melihat makna perkataan yang digunakan seperti memukul dengan memukuli. Rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk melihat Konteks penggunaan kata sendi nama yang betul. | Tatabahasa | 15.02.2015 |