Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (grain) bijian: land suitable for growing ~s, tanah yg sesuai utk ditanami bijian; 2. (food) bijirin: breakfast ~s, bijirin sarapan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cereal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan "progressively diversified diet' dalam ayat di bawah ini diberikan padanan yang betul? Processed cereal-based foods for infants and young children 391. (1) Processed cereal-based foods for infants and young children— (a) are intended for feeding infants as a complementary food generally from the age of six months onwards, taking into account infants’ individual nutritional requirements, and for feeding young children as part of a progressively diversified diet; Makanan diproses yang berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak kecil 391. (1) Makanan diproses yang berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak kecil— (a) adalah bertujuan untuk diberi makan kepada bayi sebagai makanan pelengkap biasanya daripada umur enam bulan ke atas, dengan mengambil kira keperluan pemakanan bayi secara individu, dan untuk diberi makan kepada kanak-kanak kecil sebagai sebahagian daripada diet progresif pelbagaiPadanan bahasa Melayu yang sesuai bagi progressively diversified diet ialah diet perkembangan pelbagai atau diet tumbesaran pelbagai.Penyemakan dan penterjemahan22.07.2021
Saya ingin bertanya sama padanan di bawah ini betul: Beta-azarone - Beta-azaron Prepared cereal food - makanan bijirin tersedia hypericine - hiperisina rue oil - minyak rue Spartein - spartein Teucrin A - Teukrin ASekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan, kami mencadangkan padanan yang berikut:

1. beta-azarone: beta-azaron
2. prepared cereal food: makanan bijirin tersedia
3. hypericine: hiperisin
4. rue oil: minyak rue
5. spartein: sparteina
6. teucrin A: teukrin A
Istilah17.08.2021
Apakah istilah BM untuk Multigrain Cereal Drink? Bolehkah "Minuman Pelbagai Bijirin" diterima?Cadangan terjemahan Minuman Pelbagai Bijirin boleh diterima dan digunakan.Penyemakan dan penterjemahan08.11.2018
Apakah padanan yang sewajarnya bagi "processed cereal-based food". Padanan yang diberikan dalam teks yang sedang kami semak ialah " makanan diproses yang berasaskan bijirin". Sama ada yang sepatutnya ialah "makanan berasaskan bijirin yang diproses"?Ayat yang lebih gramatis ialah "makanan berasaskan bijirin yang diproses".Tatabahasa22.07.2021
Adakah padanan perkataan “idealises” dengan “tanggapan keunggulan” dalam ayat di bawah ini betul? 391. (19) No labels of processed cereal-based foods for infants and young children shall display any picture, graphic or text which idealises the use of the product. 391. (19) Tiada label bagi makanan diproses yang berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak kecil boleh mempamerkan apa-apa gambar, grafik atau tulisan yang memberi tanggapan keunggulan penggunaan produk.Padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi "idealises" ialah yang menggambarkan atau yang menjelaskan.Penyemakan dan penterjemahan30.07.2021
Adakah padanan “presented as such” dalam ayat di bawah ini betul dari sudut padanannya iaitu “disediakan sedemikian”. 391.(7) The protein content of the processed cereal-based foods for infants and young children shall be as follows: (c) For products mentioned in subparagraph (1)(c)(iv) which is made with the addition of a high protein food, and presented as such, the added protein shall not be less than 1.5 g per 100 kcal or 0.36 g per 100 kJ. 391.(7) Kandungan protein bagi makanan diproses yang berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak kecil adalah seperti yang berikut: (c) bagi produk yang disebut dalam subperenggan (1)(c)(iv) yang dibuat dengan penambahan makanan berprotein tinggi, dan disediakan sedemikian, protein yang ditambah hendaklah tidak kurang daripada 1.5 g bagi setiap 100 kcal atau 0.36 g bagi setiap 100 kJPadanan bahasa Melayu "disediakan sedemikian" bagi perkataan "presented as such" boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Lain-lain27.07.2021
saya mencari terjemahan A Grain Of Wheat.saya nak sebelum 31 januari. Harap maklum,,terima kasihMengikut Kamus Collins Cobuild English Dictionary 'a grain of wheat' bermaksud rice, or other cereal crop is a seed from it. Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan bermaksud biji atau butir. Sila rujuk halaman 637. Makna28.01.2008

Kembali ke atas