Tuan,berapakah suku kata perkataan di bawah?Terima kasih. 1)ceria 2)kaloi | Perkataan "ceria" mempunyai tiga suku kata manakala "kaloi" mempunyai dua suku kata. | Tatabahasa | 19.10.2015 |
Tuan/Puan, Bagi maksud penulisan slogan “Kemas, Selamat, Ceria”, apakah penulisan yang betul? (i) “Kemas, Selamat, Ceria”; atau (ii) Kemas, Selamat, Ceria; atau (iii) Kemas, selamat dan ceria; atau (iv) KEMAS, SELAMAT, CERIA; atau (v) KEMAS, SELAMAT DAN CERIA? Sekian, terima kasih. | Kata hubung boleh ditiadakan dalam penulisan slogan, puan boleh menulis sebagai KEMAS, SELAMAT,CERIA atau KEMAS,SELAMAT DAN CERIA dan boleh juga dalam tulisan huruf kecil. 1"> | Tatabahasa | 14.01.2015 |
SAYA NI-AMANEE AWAEKUECHI BELAJAR BAHASA MELAYU DASAR INGIN BERTANYA TENTANG TATA BAHASA APAKAH MAKNA CERIA TERIMA KASIH | Ceria membawa maksud: 1. bersih dan cantik (indah) (ruang atau kawasan tertentu); 2. riang, gembira (perwatakan); 3. menarik (pakaian dll). | Makna | 28.10.2015 |
Dalam buku teks Tahun 5. Ada dinyatakan perluasan subjek bagi ayat tunggal. Mohon diberikan contoh. | Selamat petang Contoh perluasan subjek bagi ayat tunggal dalam Buku Teks Tahun 5 1. Farhana berwajah ceria. Farhana murid Tahun 5 Elit. Peluasan subjek: Farhana murid tahun 5 Elit berwajah ceria. | Tatabahasa | 10.11.2016 |
1. Wajah Puan Raziah (gemerlapan/ceria/gembira/suram) apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang (nyaring/lantang/gagap/merdu). 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pucat/pudar/kelam) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh (elok/cantik/ayu/kaku). | 1. Wajah Puan Raziah ceria apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang lantang. 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pudar) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh elok. | Tatabahasa | 30.07.2008 |
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA APAKAH MAKNA CERMAT TERIMA KASIH | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Ceria membawa maksud: 1. bersih dan cantik (indah) (ruang atau kawasan tertentu); 2. riang, gembira (perwatakan); 3. menarik (pakaian dll). | Makna | 28.10.2015 |
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA APAKAH MAKNA CERMAT TERIMA KASIH | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Ceria membawa maksud: 1. bersih dan cantik (indah) (ruang atau kawasan tertentu); 2. riang, gembira (perwatakan); 3. menarik (pakaian dll). | Makna | 28.10.2015 |
Assalamualaikum, tumpang bertanya 1-Hari yang ceria= adakah betul ayat ini. 2-Ada sesuatu yang sedang berlaku.=adakah betul ayat ini Bilakah perkataan 'yang' sesuai digunakan dan untuk tujuan apakah ia digunakan? 1-Pasu di atas meja @ pasu atas meja= yg manakah betul. Terima kasih kerana membantu, Assalamualaikum | 1. Ayat pertama dan kedua adalah betul. Kata hubung relatif yang berfungsi sebagai penghubung klausa utama dengan klausa kecil yang lain. 2. Frasa yang betul ialah pasu di atas meja. | Tatabahasa | 16.10.2013 |
Saya keliru penggunaan huruf besar/kecil dalam ayat di bawah: 1.Ahmad menyertai pertandingan membuat logo semasa kempen bulan kesihatan di sekolahnya. 2.Kelas 2 Anggerik telah memenangi pertandingan kelas terbersih dan ceria minggu lalu. Tuan, saya keliru tentang penggunaan huruf kedua-dua pertandingan tersebut. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: 1. Ahmad menyertai Pertandingan Membuat Logo semasa kempen bulan kesihatan di sekolahnya. 2. Kelas 2 Anggerik telah memenangi Pertandingan Kelas Terbersih dan ceria minggu lalu. | Tatabahasa | 23.03.2015 |
Salam ceria... Sila rujuk kepada ayat berikut: Individual holds incremental mindset makes more inferences compared to individual with entity mindset. Saya menghadapi masalah untuk mengenalpasti terjemahan (1) incremental mindset (2) entity mindset Adakah sesuai kalau saya menggunakan penetapan minda perkembangan dan penetapan minda entiti/tetap? Please advise me. Terima kasih. | 1) Dalam data kami tiada padanan khusus bagi istilah "incremental mindset". Walau bagaimanapun, terdapat perkataan incremental yang diterjemahkan kepada tambahan, meningkat dan tokokan manakala mindset diterjemahkan kepada penetapan minda. Oleh itu, kami memcadangkan "incremental mindset" diterjemahkan kepada "penepatan minda tambahan". (2) Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi istilah "entity mindset" . Walau bagaimanapun, perkataan "mindset" diterjemahkan kepada penetapan minda manakala "entity" diterjemahkan sebagai enititi. Oleh itu kami mencadangkan "entity mindset" sebagai penetapan minda entiti.
| Istilah | 24.10.2013 |