Tuan/Puan, Bagi maksud penulisan slogan “Kemas, Selamat, Ceria”, apakah penulisan yang betul? (i) “Kemas, Selamat, Ceria”; atau (ii) Kemas, Selamat, Ceria; atau (iii) Kemas, selamat dan ceria; atau (iv) KEMAS, SELAMAT, CERIA; atau (v) KEMAS, SELAMAT DAN CERIA? Sekian, terima kasih. | Kata hubung boleh ditiadakan dalam penulisan slogan, puan boleh menulis sebagai KEMAS, SELAMAT,CERIA atau KEMAS,SELAMAT DAN CERIA dan boleh juga dalam tulisan huruf kecil. | Tatabahasa | 14.01.2015 |
Apakah maskud pre-launching dan grand launching dalam Bahasa? Contoh penggunaan pre-launching dan grand launching dalam ayat Bahasa. terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: pre-launching - prapelancaran grand launching - pelancaran perdana Berikut merupakan contoh ayat bagi padanan isitilah yang diberikan: i. Majlis Prapelancaran Jubli Emas Kejora berlangsung dalam suasana penuh semangat dan ceria dengan norma baharu biarpun diadakan secara maya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang masih berkuat kuasa di Johor. ii. Majlis Pelancaran Perdana Malaysia Year of Festivals 2015 atau MyFest 2015, yang dijadualkan berlangsung pada 10 Januari 2015, ditangguh ke satu tarikh lain. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 21.06.2021 |